Saturday, October 10, 2009

Bongkar 3: Tanah rizab digadai umno



Diatas terpapar salinan dokumen Pemberi Milikan Tanah KERAJAAN seluas lebih kurang 4.046 meter persegi (Empat Ribu Empat Puluh Enam meter persegi) di Pantai Purnama, Mukim Pasir Panjang, Daerah Port Dickson.

Tanah tersebut telah diberi status HAKMILIK KEKAL kepada Yeow Chai Boon.

Siapa Yeow Chai Boon..?

Yeow Chai Boon ialah salah seorang daripada 4 individu yang dikatakan menjadi "Banker" kepada Isa Samad dan menjadi penaja besar kepada Umno/BN dalam pilihanraya Bagan Pinang selain daripada Tan Sri Dr Gan Kong Seng, Dato' Chua Tiong Moon dan Dato' Yap Kat Boon.

Nah... ini ialah bagaimana KERAjaan UMNO/BN "memperjuangkan" hak-hak dan juga kepentingan orang melayu dan juga Malaysia, dengan cara menggadaikan kesemuanya kepada kroni-kroni mereka.

Dengan kuasa yang ada pada mereka, mereka boleh sahaja melanggar mana-mana undang-undang tanpa dikenakan apa-apa tindakan. Tanah rizab dijual dan diberi status HAKMILIK KEKAL kepada kroni-kroni sesuka hati mereka.

Selain daripada ini, masih terdapat banyak lagi tanah-tanah rizab dan juga tanah-tanah adat telah dijual kepada kroni-kroni mereka tanpa pengetahuan orang ramai. terdapat deretan senarai tanah-tanah yang tersebut, bukan sahaja tanah-tanah persisiran pantai sahaja yang tergadai, malah tanah laut, laut dan pulau pun turut tergadai dek kerakusan pemimpin UMNO/BN.

No comments:

Followers