Friday, October 16, 2009

Pertandingan membaca Pasti Perak

IPOH (16.10.09): Pertandingan membaca anak-anak Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam) peringkat negeri Perak telah dilangsungkan dengan jayanya di Sekolah Rendah Agama Tarbiyah Islamiyyah (SRATI), Tanjung Rambutan, Ipoh petang tadi.

Pengarah Pasti Negeri Perak, Ustaz Hashan Aladi mengalu-alukan kehadiran anak-anak Pasti daripada 23 buah Pasti dari seluruh negeri Perak yang telah terpilih untuk menyertai pertandingan membaca ini. Pertandingan ini terbahagi kepada 3 bahagian, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Jawi.

Tiga orang murid yang berjaya dipilih akan dibawa bertanding ke peringkat kebangsaan di Kelantan pada 30 dan 31 Oktober nanti.

Ibu bapa dan guru-guru tidak kurang debarannya berbanding dengan murid-murid yang menanti giliran mereka.

Bilik-bilik darjah berasingan digunakan untuk petandingan membaca 3 bahasa ini.

Guru Pasti dan kakitangan pertandingan menyediakan murid untuk memulakan bacaan.

Ustaz Hashan Aladi sendiri yang menghakimi pertandingan bahasa Inggeris.

Peserta pertama yang memulakan bacaan bahasa Inggeris.

Anak saya, Azizul Hakim juga dipilih untuk bertanding didalam bacaan bahasa Inggeris mewakili Pasti Al-Ehsan, Rapat Setia, Ipoh.

Isteri dan anak-anak bersama Raja Mariam yang mengajarkan Bahasa Inggeris kepada Hakim.

Semuanya berasa lega apabila pertandingan tamat.

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang yang dipilih untuk mewakili Pasti Negeri Perak di Pertandingan Membaca Peringkat Kebangsaan di negeri Kelantan nanti yang akan dirasmikan oleh Mursyidul Am Pas dan juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pada 30 dan 31 Oktober nanti.

Pemenang Bahasa Melayu - Syed Shamil Bin Syed Asmawi (Kampar)
Pemenang Bahasa Inggeris - Nur Izzati Binti Masri (Padang Rengas)
Pemenang Jawi - Nur Sakinah Binti Abd Ghaffur (Kampar)

*Nota - Maaf tiada gambar pemenang kerana kamera kehabisan bateri. Kesemua gambar-gambar diambil oleh anak saya, Nur Aqilah Nasuha (9 tahun) yang turut serta kesana dan diedit semula oleh ajijoi.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...