Seramai 11,157 atau 81.65 peratus pemilih, termasuk pengundi pos, keluar mengundi dalam pilihanraya kecil ini.
Persaingan BN dan PAS dijangka sengit - majoriti calon yang menang dijangka tipis.
"Kalau (PAS) menang, tidak menang banyak. Kalau kalah, tidak kalah banyak," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, yang menyifatkan kedua-dua parti saling "kejar-mengejar."
Bagaimanapun BN yakin menang dan mempertahankan kerusi DUN tersebut.
"Pada jangkaan awal kita, 70 peratus daripada jumlah undi memihak kepada kita," kata Ketua Pemuda Umno Telok Kemang, Mohd Faizal Ramli.
Tengku Razaleigh berharap agar UMNO/BN kalah. Katanya: "Walaupun kemenangan Isa pastinya dialu-alukan kepimpinan parti ekoran kekalahan berturut-turut Umno, namun dukacita saya katakan bahawa apa yang rakyat dan negara ini perlukan adalah Umno tewas di Bagan Pinang. Ini kerana kita sekali lagi mengetengahkan calon yang terbukti seorang perasuah," kata mantan Naib Presiden Umno itu." lapor TVAntara.


Gelagat kumpulan budak sekolah dan "Mat Rempit" sukar dikawal.
No comments:
Post a Comment