Sunday, October 25, 2009

Iklan semakin melampau, apa tindakan pihak berkuasa?



Iklan Air Asia berunsur lucah, tiada tindakan?

KUALA LUMPUR, 23 Okt: Bulan ini sahaja sudah beberapa kali iklan Air Asia yang berunsur lucah itu, menggambarkan susuk tubuh pramugarinya disiarkan di stesen-stesen TV swasta namun tiada sebarang tindakan diambil oleh Kementerian Penerangan berhubung hal tersebut.

Malah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga dilihat tidak sensitif dengan eksploitasi yang dilakukan oleh syarikat penerbangan terhadap wanita dalam iklan itu sehingga tiada sebarang reaksi balas kementerian sehingga kini.

Lebih mendukacita, iklan terbabit menggunakan seorang kanak-kanak lelaki sebagai subjek atau watak utama untuk 'menghayati' bentuk badan pramugari wanita sebagai galakan untuk naik dan menggunakan khidmat syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Ramai pembaca dan penonton telah menghantar email dan serta menghubungi Harakahdaily memberi reaksi marah atas siaran iklan tersebut yang dianggap begitu memalukan dan telah mencemarkan minda masyarakat khususnya kanak-kanak yang menonton bersama kaum keluarga.

Tinjauan Harakahdaily juga mendapati sejak minggu lalu, sudah begitu banyak blog, web dan pengguna internet yang mengkritik iklan tersebut dan kesal kerana tiada sebarang tindakan drastik untuk membendung unsur lucah yang mengeksloitasi wanita dan merosakkan minda kanak-kanak di bawah usia.

"Sungguhpun filem dan drama tv telah banyak memaparkan unsur yang tidak elok, tetapi kini berjangkit pula kepada iklan. Ini mesti dikaji semula," kata seorang pemanggil yang mahu dikenali sebagai Bakhtiar Musa.

Bagi Rozaili Sidin, sepatutnya iklan penerbangan Air Asia tu bercirikan idea tempatan, adab sopan dan budaya berbanding menonjolkan susuk tubuh wanita untuk meningkatkan promosi jualan.

"Malu jika ianya ditonton ramai terutama kanak-kanak. Ini bukan budaya kita," katanya melalui email yang dihantar baru-baru ini.

Iklan Air Asia itu memaparkan pengalaman seorang kanak-kanak bersama neneknya menaiki pesawat tersebut dan antara rakaman pengalamannya ialah melihat susuk tubuh pramugari yang digambarkan seolah-olah mengghairahkan dengan istilah 'Hot', seperti yang dinyatakan dalam bahasa latar iklan tersebut.

Dalam maklumanbalas yang diterima, ramai yang mahu, syarikat penerbangan tersebut dan stesen tv swasta memohon maaf sekaligus dikenakan tindakan oleh Kementerian yang berkaitan.

Begitu juga dengan iklan P1 Wimax: Sudah Potong?

1 comment:

Farahanani Amhazali said...

iklan2 sebegini mencermin kan minda masyarakat Melayu yg sebenarnya..

Kalau para pembikin iklan mampu melahirkan idea sebegini.. dan masyarakat memahami "double-meaning" di sebalik stiap skripnya, jadi sah lah minda kita sebenarnya sudah lama tercemar.. tanpa perlukan iklan2 sebegini menghiasi televisyen..

Wallahua'lam..

Followers