Saturday, October 24, 2009

Isu Muktamar Khas Luarbiasa PAS: Biar pimpinan yang tentukan

Mengenai isu Muktamar Khas Pas yang kian rancak dibincangkan diblog-blog secara terbuka eloklah dihentikan. Ini adalah kerana isu ini hanya akan berkesudahan sepertimana yang berlaku ke atas isu kerajaan perpaduan dahulu.

Penulis-penulis blog Pas dan Pakatan begitu ghairah memberikan komen dan pendapat terhadap isu Muktamar Khas Luarbiasa Pas yang disaran untuk diadakan oleh Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz melalui blognya [klik].

Pendapat berangkai tanpa benar-benar memahami maksud yang tersirat daripada saranan Tuan Guru itu begitu berbahaya kepada perjuangan parti sehinggakan timbul isu untuk memecat Presiden Pas didalam muktamar tersebut.

Pimpinan tertinggi seperti Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin [klik] sendiri tidak berani memberikan komen beliau kerana belum mendapatkan penjelasan yang jitu mengenai isu yang timbul daripada blog Tok Guru ini.
Justeru itu, sukalah saya menyarankan kepada para penulis blog untuk menyerahkan perkara ini kepada pucuk pimpinan untuk dihalusi dan diambil tindakan sewajarnya tanpa perlu tekanan daripada komen-komen yang berlegar pesat dikalangan bloggers. Musuh senantiasa memerhati dan akan menggunakan kesempatan yang dibentang luas daripada menghentam perjuangan parti Islam sebagaimana yang mereka lakukan dahulu melalui isu kerajaan perpaduan yang hampir menggugat serta menggoyahkan keutuhan pimpinan serta seluruh ahli-ahli Pas.

Janganlah kita membantu perpecahan dan kejatuhan parti Pas kesayangan kita ini dengan memberikan komen-komen liar menyelar pimpinan kita sendiri tanpa maklumat yang tepat dan pendapat akal kita semata-mata.

2 comments:

PAS Kawasan Padang Besar said...

Tuan,
Pas hak semua ahli dan penyokong PAS. Bukan hak TGHH atau TGNA atau Ust Nasha. Ahli tidak wajar dihalang daripada mengemukakan pandangan. Tidak semestinya pandangan pemimpin adalah tepat semuanya.

Azizul Nizam said...

Tetapi kita kena balajar daripada isu kerajaan perpaduan.

Lagi banyak yang bercakap dan memberikan pandangan, lagi banyaklah kecelaruan yang timbul.

Isu dalaman perlu diselesai secara dalaman, bukannya dibincang secara terbuka.

Itu cumalah pandangan peribadi saya yang tidak ingin melihat kisah rumahtangga kita dijaja kepada semua.

Followers

Video ajijoi

Loading...