Namun, tanah rakyat tetap dirampas secara profesional.
- “Saya kata mereka rampas tanah kami di Felda. Kalau kami tak beri (jual), mereka tetap ambil (membeli secara paksaan) dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah, itu rompak namanya… perompak itu UMNO.”
- “UMNO (kerajaan) sanggup rampas tanah kami, guna Akta Pengambilan Tanah… dua ekar tanah kita dijual dengan harga RM3 sekaki, tapi kerajaan paksa kita beli semula tanah itu dengan harga RM4 sekaki.”
- “Bila Mohamad Hassan jadi Menteri Besar, dia tawar pakej yang lebih baik… (seperti) tanah dibeli dalam lot-lot tertentu. Apabila kita pergi lihat sendiri tanah-tanah lot itu, ada yang di paya, ada di hutan dan ada di atas jalan. Tanah asalnya sudah tidak ada, sebab Mohamad Hassan dan Isa Samad telah rompak.”
- “Berpuluh tahun tanah jadi milik rakyat, satu sen pun tarif harga tanah tidak naik. Tetapi, apabila PKNS mengambil tanah itu, tiba-tiba sahaja ianya menjadi begitu mahal.”
- “Selama 10 tahun tersebut juga, rakyat tidak mendapat apa-apa hasil. Semuanya dikaut oleh pemaju.”
Tegasnya lagi, lebih 40 tahun rakyat Felda amat untuk sukar mendapatkan semula tanah Felda, tetapi warga asing dan penduduk luar dengan mudah sahaja dapat memiliki tanah tersebut kerana ada wang dan boleh melakukan rasuah.
Beliau yang juga bekas pemimpin UMNO tempatan berasa kecewa dengan sikap rasuah dan pentingkan diri beberapa kroni-kroni Isa Samad.
Beliau juga menasihatkan rakyat di Bagan Pinang agar menolak Isa Samad kerana Isa Samad ialah seorang perasuah serta banyak menjual tanah-tanah milikan rakyat kepada kroni-kroni UMNO.
Beliau yang baru sahaja menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyeru orang-orang Melayu meninggalkan UMNO kerana parti itu mengutamakan kroni dari kepentingan rakyat.
Berdasarkan beberapa testimonial rakyat malang di Felda Sendayan dan LBJ, sudah tentu menggamit perhatian pengundi Bagan Pinang untuk tidak lagi mengundi Isa.
Jika Isa sewaktu di gigi kekuasaan Menteri Besar dahulu pun, sanggup mengkhianati harapan dan tanah rakyat, tidak mustahil selepas terpilih menjadi Adun Bagan Pinang atau mungkin Menteri Besar kelak; menjadikan Isa kembali rakus mengamalkan kronisme dan rasuah sebagaimana sebelum ini.
Ditanya sama ada beliau mendapat duit raya Felda baru-baru ini, Mokhtar menjelaskan bahawa duit raya Idulfitri yang diumumkan Perdana Menteri tersebut suatu pembohongan belaka.
Suara rakyat kedua-dua Felda sudah kedengaran mengkritik peribadi Isa Samad yang dipalitkan rasuah. pengundi N31 diseru menolak Isa Samad kerana rasuah demi memastikan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat kian berubah bersama Pakatan Rakyat.
Melalui pendedahan PKR dan peneroka-peneroka yang jelas nyata dianiaya ini, PAS menyerahkan kepada rakyat di Bagan Pinang ini menilai siapakah pemimpin yang mereka mahukan, sama ada pemimpin yang membela rakyat atau mencekik duit rakyat.
No comments:
Post a Comment