Saturday, October 24, 2009

Gendang pilihanraya Perak mula dipalu

IPOH (23.10.09): Program Solat Hajat 'Selamatkan Dun Perak' dan ceramah yang diadakan di perkarangan Surau Al-Falah, Taman Song Choon Ipoh berjaya dianjurkan oleh Pas Perak dengan kehadiran mencapai sasaran.

Hujan yang turun dengan lebatnya pada sebelah petang tidak melunturkan semangat orang ramai yang datang untuk bersama-sama mendengar penerangan daripada pimpinan Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya negeri Perak apabila dun dibubarkan sedikit masa lagi.

Ustaz Radzi Zainon, mantan calon Pas di N31 Sg Rapat mempengerusikan majlis ceramah ini.

Pimpinan Pakatan Rakyat di pentas utama.

Kaunter yang paling ramai dikunjungi pada malam ini. Makan kacang, minum mata kucing, baru segar mata dan telinga layan ceramah.

Pengunjung setia dimana-mana ceramah sekalipun. Lepas ni bolehlah tubuhkan Kelab Penyokong Ceramah pulak.

Mata-mata gelap yang ditahan oleh unit amal untuk pemeriksaan...mata.

Ahli-ahli PKR daripada Simpang Pulai membuka kaunter untuk pendaftaran pilihanraya. Kaunter Pas tak buka ke malam ni?

Pakcik dulu kerja posmen, jadi pakcik ni undi pos je la. Tak tau pulak nak kena daftar nama kalau nak mengundi ni. Tapi undi pos ke, undi biasa ke, Allah nampak.

Ramai juga kehadiran daripada orang-orang Tionghua dan India.

YB Yunus Jamsari, Adun Kuala Kurau memberikan ucapan beliau.

Adun Sg Rapat, YB Hamidah adalah orang yang pertama menelefon saya pada malam kemenangan Pakatan Rakyat di dalam PRU-12 untuk mengajak saya melompat parti diatas nama bangsa melayu.

Persiapan untuk menghadapi sidang dun sedang berjalan lancar. Sama-sama kita doakan agar semuanya berjalan dengan baik.

Diluar juga ramai yang tidak mahu ketinggalan untuk mendengar apa yang disampaikan oleh penceramah malam ini.

YB Dr Lee Boon Chye yang baru tiba daripada Kuala Lumpur (persidangan parlimen) disambut oleh Ketua Penerangan Pas Kawasan Gopeng, Sdr Omar Nasarfudin.

Menteri Besar Perak yang sah, DS Nizar sangat sabar orangnya. Tiap-tiap bulan adakan perjumpaan bersama pengarah-pengarah jabatan negeri untuk memberikan taklimat agar mempunyai daya kerja yang baik sehingga negeri Perak mempunyai RM64 juta pendapatan untuk disalurkan kepada kepentingan rakyat.

YB Sam, Adun Bercham yang apabila mula bercakap, tahan bercham-cham lamanya. Menceritakan perbezaan antara kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DS Nizar dan kerajaan BN dibawah Zambry.

Adun Lubuk Merbau, YB Hj. Mohd Zainuddin Mohd Yusuf berkata pentadbiran Najib hanya diindahkan dengan slogan-slogan yang diciplak daripada idea-idea pakatan rakyat dahulu. 1 Malaysia tetapi lidah bercabang dua kerana di Perak kita ada dua menteri besar dan dua speaker.

54 tahun kita telah merdeka tetapi kerajaan masih berfikiran takuk lama tanpa mempelajari kesilapan-kesilapan didalam pentadbiran yang kerap kali berulangan.

Mata-mata gelap juga perihatin dan bermurah hati untuk menyumbang kepada tabung derma yang dilancarkan kutipannya oleh pengerusi majlis.

YB Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng yang baru pulang daripada persidangan Parlimen dimana Najib membentangkan Bajet 2010 selama 2 jam lebih terus kesini untuk bersama-sama dengan yang lain.

Segala-gala yang digambarkan didalam Bajet 2010 begitu indah sekali. Malangnya, perlaksanaan tiada jaminan berhasil dan jumlah yang diperuntukkan itu jika berjalan dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat, sudah tentu banyak perkara yang dapat diselesaikan tanpa ketirisan sepertimana amalan yang biasa berlaku di dalam BN.

Ceramah tamat sekitar jam 11.40 malam.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...