Sunday, October 11, 2009

BN semakin terdesak, PAS tetap optimis menang - Timbalan Presiden PAS


BAGAN PINANG, 11 Okt - PAS tidak menolak sebarang kekecohan dan keganasan yang terjadi disebabkan tindakan Umno-BN yang semakin terdesak dengan sokongan terhadap Pakatan Rakyat yang semakin memberangsangkan.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata berdasarkan maklumat yang diterima sebarang kekecohan sengaja ditimbulkan pihak Umno-BN

"Ini adalah provokasi daripada Umno-BN terhadap petugas-petugas PAS dan ia merupakan tindakan desprado daripada Umno-BN," katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan, Bagan Pinang sambil mengiringi calon PAS, Zulkifli Mohd Omar.

Jelasnya hal tersebut disebabkan mereka berasa tergugat dengan sokongan yang dilihat meningkat dan positif kepada Pakatan Rakyat.

Ditanya mengenai peluang PAS untuk memenangi pilihan raya kecil ini, beliau menyatakan Pakatan Rakyat sentiasa bekerja keras dengan memberikan tentangan hebat kepada pihak lawan.

"Kita masuk pilihan raya untuk menang dan melihat kepada kesungguhan jentera Pakatan Rakyat yang turun secara all-out, kita yakin memberikan tentangan yang sehebat mungkin," ujarnya.

Beliau optimis kemenangan PAS pada pilihan raya kecil ini memandangkan rekod yang baik Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Tiada suatu benda yang mustahil dalam senario politik Malaysia yang kian dinamik dan sukar dijangka apatah lagi untuk merampas kerusi Dun Bagan Pinang yang dimenangi Umno-BN sebelum ini," katanya lagi.

Tambahnya lagi, peringkat awal agak perlahan tetapi akan menjadi semakin lancar apabila masa berganjak ke tengah hari dan petang.

Suasana di unit peti undi Bagan Pinang yang terletak di Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan agak tegang namun PAS akan terus berdepan dengan mereka ini dengan ketenangan serta mematuhi peraturan.

Turut sama mengiringi rombongan calon PAS, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato Abdul Halim Abdul Rahman, Adun Tendong, Dato' Mohd Daud, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Adun Kijang, Wan Ubaidah Wan Omar, Adun Bukit Pana, Abdul Fatah Mahmood, Adun Jelawat, Abdul Aziz Kadir, Adun Dabong, Ariff Fathillah dan Adun Kemuning, Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...