Sunday, October 25, 2009

Jangan lupa malam ini

Jangan lupa datang beramai-ramai malam ini ke Perkarangan Pejabat Pas Perak di Medan Istana, Bandar Ipoh Raya, Ipoh jam 8 malam untuk menjamu selera bersama pimpinan Pakatan Rakyat.

Ni bukan ajak main-main ni. Ajak betul-betul. Datang la berapa ramai mana pun. Bawak semua yang ada. Takpe. Janji meriah, sudah.

Tapi, benda penting nak bagi tau, datang sendiri-sendiri. Takde duit RM10 seorang macam himpunan 1Malaysia dengan Najib dekat Stadium Perak hari tu. Dema bagi duit, nasi bungkus dan bas lagi.

Katanya, yang dari Ipoh dapat RM10 seorang, kalau jauh sikit dapat le RM30 seorang.

Bas pergi balik pun dema bagi jugak. Satu satu sekolah tu, arahan hantar 80 orang murid. Yang datang 76 orang campur 4 orang guru. Murid dapat RM10 seorang, guru habuk pun takde. Patutnya dua bas le datang macam yang dah janji. Yang sampai cuma 1 bas je. Muat untuk 44 orang penumpang, tulih kat tepi luar bas tu. Penyudahnya, 76 orang murid dengan 4 orang guru naik bas untuk 44 orang. Sardin pun lapang sikit dalam tin dia.

Ada yang lagi best pulak tu, pergi naik bas, dapat RM10. Tapi time balik, bas dah lebuh. Terpaksa naik teksi balik. Melayang RM25. Dapat 10, keluar 25. Malam tu Zambry dengan Najib asyik tersedak je, kena maki tak henti.

Tapi, malam ni takde semua tu, datang atas kehendak sendiri. Tiada paksaan, tiada sogokan. Lebih ikhlas, rasanya. Janji happy.

Datang tau. Jangan tak datang.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...