
IPOH (25.10.09): Jamuan Pakatan Rakyat bukan sahaja menyajikan hidangan makanan tetapi juga persembahan-persembahan nyanyian dan juga kebudayaan daripada Melayu, Cina dan India.

Akhwan Affendi yang menyerupai Mawi mendendangkan beberapa buah lagu nasyid dan juga lagu-lagu Mawi dengan persembahan yang istimewa buat tetamu sekalian.

Memang lentok dan feeling habis bila menyanyikan lagu popular Mawi, Kian. Selain menyanyi, Akhwan juga berkebolehan menjadi pengacara apabila beliau berjaya mengacarakan segmen persembahan dengan baik.

Alamak, lupa pulak nama kumpulan nasyid ni.

Lagu-lagu nasyid terutamanya daripada Rabbani menjadi pilihan mereka.

Ada yang bertanya, yang ditengah tu penyanyi utama kumpulan ni ke? Yang mana satu? Yang janggut panjang ke atau yang baju putih tak berjanggut langsung tu?

Tarian tradisional kaum India daripada kumpulan ???? (sori, nama kumpulan saya tak hafal)


Tarian cha-cha, jangan tengok lama-lama ustaz

Persembahan tarian yang berlatar belakangkan lagu-lagu daripada kumpulan 'ABBA'. Abba, bukan abah...Tengok tu, deme tengah menganga nyanyi tu..."kita pun kira ok maaa"
No comments:
Post a Comment