Saturday, October 10, 2009

Waspada rancangan jahat memburukkan Pakatan Rakyat

BAGAN PINANG, 10 Okt - Satu pihak yang dipercayai di dalangi Umno telah membuat satu perancangan yang berniat menimbulkan imej yang kurang sihat terhadap Pakatan Rakyat kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam satu Satu sidang media tergempar PAS yang telah diadakan sebentar tadi di Markas Induk PAS Bagan Pinang.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata, "Kita dapat info mengatakan bahawa ada pihak telah merancang beberapa perarakan berkereta/motor yang akan menggunakan lambang PAS/PKR/DAP - Pakatan Rakyat".

Menurutnya, kumpulan-kumpulan ini akan berarak ke dalam taman-taman perumahan terutamanya di kawasan penduduk Cina dan India, juga di jalan-jalan raya dan kemungkinan besar, kumpulan ini juga akan membuat bising sambil menjerit-jerit perkataan "Re For Ma Si" dan juga bertakbir.

Manakala wakil pihak keselamatan Pakatan Rakyat sedang berada di IPD Port Dickson dan sedang dalam proses membuat laporan kepada pihak PDRM terhadap maklumat ini.

Sumber juga mengatakan bahawa kumpulan ini telah dibekal dengan pakaian2 berlambang PAS untuk mengelirukan orang ramai.

Malam ini juga disyaki banyak kes pergaduhan akan berlaku di pondok-pondok panas PAS bermula awal malam ini sehingga tamat tempoh kempen, tengah malam ini.

Mahfuz dalam sidang media sebentar tadi juga menasihatkan semua penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak menyertai mana-mana perarakan kerana pihak PAS tidak pernah menganjurkan mana-mana perarakan baik dengan motor atau kereta.



No comments:

Followers