Thursday, October 22, 2009

Elaun guru Kafa rendah: Pemuda Pas Perak sokong dinaikkan

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat terkejut dengan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan bersempati dengan semua 2,898 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang mengendalikan 105,594 murid di 664 SRAR di Perak yang hanya mendapat RM500 sebulan walaupun mengajar 60 jam sebulan yang sepatutnya menerima elaun bulanan berjumlah RM1,249.88.

DPPN Pk menyokong penuh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang yang berkata guru KAFA berkenaan sepatutnya menerima elaun tambahan berjumlah RM749.88 sebulan kerana mengajar 36 jam melebihi tempoh masa 24 jam dalam sebulan yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). DPPN Pk amat kesal pembelaan ini tidak langsung di ambil berat oleh kerajaan di dalam meningkatkan kualiti pendidikan Islam khasnya.

DPPN Pk berharap guru KAFA ini diberikan pembelaan yang adil serta memastikan kebajikan mereka terus diberikan perhatian yang sepatutnya dan adalah menjadi tanggungjawab penuh sesebuah kerajaan untuk memberikan pembelaan tersebut. DPPN Pk berharap perkara ini menjadi perhatian oleh kerajaan di dalam perbentangan Bajet kelak.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

**Elaun guru Kafa masih dibawah paras miskin

3 comments:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Pasal gaji orang PAS memang laju.

Dalam hal ini PAS memang baik sampai minta ditimbang dalam pembentangan bajet.

Bajet itu siapa yang bentang? Bukankah Kerajaan Pusat yang diterajui UMNO.

Kalau ikut pemimpin PAS, UMNO tak Islam kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC.

Agaknya pasal duit buang semua itu tapi kalau pasal kuasa politik, PAS sahaja yang ISLAM.

Bukan begitu Ajijoi dan Dewan Pemuda PAS.

Katakan Ajijoi bagi saya wang lepas itu saya gigit tangan Ajijoi sampai berdarah. Apa macam? Marah tak.


Itulah sebenarnya geng yang menyokong PAS. Tidak bersyukur.

Sekian.

Ajijoi said...

Bab gaji guru mengajar agama pun nak berkira siapa perintah ke?

Buat malu je.

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Pengurusan Kewangan negara adalah tanggungjawab pemerintah di mana terdapat banyak peraturan dan prosedur yang perlu dipatuhi.

Dan pemerintah sekarang siapa?

Ini bukan soal berkira.

Inilah masalahnya semua perkara dipolitikkan oleh PAS secara berlebihan walaupun berjuang atas nama Islam kononnya tetapi tingkahlaku dan akhlak ahli PAS belum tentu ke syurga. Maknanya tak bersesuaian dengan kehendak Islam.

Banyak lagi fakta yang Ajijoi belum tahu dan saya yakin Ajijoi tak akan mengkajinya.

Sekian.

Followers