Saturday, October 24, 2009

Adun Pakatan akan dipukul di sidang Dun?

Biar betul ni. Lain macam je tajuk tu. Takkanlah sampai macam tu punya teruk sekali.

Dalam celah-celah orang ramai yang bersembang tadi, terdengar suara-suara yang bercerita pasal sidang dun yang akan datang pada 28 Oktober nanti.

Bukan main rancak lagi sorang tu berbual sambil dikelilingi beberapa temannya.

"Betullll...."katanya mengukuhkan lagi maklumat yang diterimanya. "Sekarang ni, semua bentara untuk persidangan dun tu dah ditukar. 18 orang. Semuanya digantikan dengan orang-orang pekida. Diambil bertugas sebagai bentara. Muka jenis garang-garang, yob. Kalau diaorang menumbuk ke, memukul sesiapa pun, mereka ada kad kuasa sebagai pekerja ataupun bentara di dalam dewan tu" rancak sekali bualnya.

Yang lain disekeliling terlopong mulut mendengar sambungan ceritanya lagi. "Baik le kita bagitau pada YB-YB Pakatan kita tu semua, jangan pergi sidang dun tu. Memang diaorang dah plan nak pukul Yb-yb kita tu. Puak-puak jenis ni bukannya kira. Nak berhujah, eilek pohchik, takde hujah. Dia main terjah je la. Buat apa pun sanggup kalau dah terdesak." hebat betul dia memantopkan ceritanya yang semakin ramai datang dekat mengerumuni.

Betul ataupun tidak cerita si mamat tu tadi, itu belakang kira. Apa yang penting, kerjasama (macam lagu wonderpet pulak). Semua Adun-adun Pakatan Rakyat perlu berhati-hati dan berwaspada kepada perangkap yang dipasang 28 Oktober nanti. Dewan berlangsungnya sidang dun itu kini dalam kuasa mereka, janganlah pulak adun-adun Pakatan bagai menyerah diri masuk ke dalam lubang perangkap yang segala bukti dan cerita akan menyebelahi mereka melalui mainan media yang dibawah kawalan mereka sendiri.

Semangat perjuangan dan keselamatan adun-adun Pakatan senantiasa di dalam doa para ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.

Rakyat Perak tetap bersama anda.

No comments:

Followers