Jam 1.30 pagi, operasi memasak nasi minyak pun dimulakan setelah kawah selesai digunakan untuk memasak gulai. Chef untuk nasi minyak ini didatangkan khas daripada Gopeng. Kepakarannya di dalam memasak nasi minyak telah tersebar luas dan dikenali ramai.
60kg beras digunakan untuk memasak nasi minyak di dalam satu kawah. Ini bermakna, 10 kawah digunakan untuk menyempurnakan 600kg nasi minyak. Oleh kerana cuma 3 kawah saja yang digunakan, terpaksalah dimasak 3 shift untuk menyelesaikan tugasan jabatan nasi minyak ini.
Bila kawah dah tinggal nasi je, tinggal master dan padawan (pengikut) saja yang setia berdayung.
Sungguhpun terpaksa meninggalkan empuk tilam dan 'bantal peluk' malam ni, tapi masih lagi boleh bergurau senda menghiburkan rakan-rakan jabatan nasi minyak.
Jam 4 pagi, kegigihan petugas menyiapkan nasi minyak amat dipuji.
Segala hidangan seperti yang telah ditugaskan kepada kami siap jam 5.30 pagi. Kelihatan Chief of Chef, Ustaz Faisol memeriksa 'perbarisan' masakan yang telah siap dilaksanakan.To be continue...








No comments:
Post a Comment