Wednesday, October 14, 2009

1Malaysia bermakna 1Agama?

Dengan penerapan konsep 1Malaysia yang begitu giat dijalankan sekarang, segala aktiviti perlu dilakukan secara bersama semua kaum dan bangsa.

Tetapi, perlukah ianya turut melibatkan sesuatu yang bersifat keagamaan? Mungkin bagi agama yang lain, ianya bukanlah satu perkara yang besar tetapi bagi agama Islam yang kita anuti, melakukan sesuatu secara bersama-sama sepertimana yang dilakukan oleh agama yang lain adalah sesuatu yang bertentangan dengan hukum syarak.

Seperti gambar diatas, perlukah seorang gadis Melayu Islam (bertudung putih) turut sama menyalakan api untuk upacara Deepavali? Mengapa alim ulama perlu membiarkan perkara seperti berlarutan?

Perlukah maruah agama digadaikan untuk 1Malaysia?

5 comments:

wan afiq said...

satu persoalan yg menarik utk di renung dan fikirkan..jgn meletakkan semua masalah agama di bahu ulama..setiap muslim perlu bertanggungjawab, sebab itu kita di cipta sebagai khalifah dan dianugerahi akal fikiran...

http://wanafiqgroup.blogspot.com/

Ayid said...

Satu komen yg baik. Penulis tidak meletakan semua masalah di bahu ulama. Memang kita di cipta sebagai khalifah di muka bumi ini. Apa kah ulama dan pemimpin tak perlu di tegur. Ulama dan umarak harus bekerjasama bagi membenteras perkara ini mungkin itu maksud penulis. Jika ulama dng cara dia umarak dng cara dia sampai bila pun masalah sosial ini tak ada kesudahan

wan afiq said...

saya menerima pandangan ayid sesuatu yang baik..terima kasih...

Ajijoi said...

Jangan dibiarkan 1Malaysia terus dibuai kepada rakyat dengan menyama ratakan segala-galanya sehinggakan semua agama dianggap sama.

Perlukah deepavali disambut oleh orang Islam atas nama 1Malaysia?

Disember nanti, Christmas juga dirayakan oleh orang-orang Islam kerana menyokong 1Malaysia?

Dimana peranan ulama dalam menerangkan perkara sensitif sebegini agar kerajaan tidak membuat sesuatu dengan sesuka hati tanpa merujuk kepada yang lebih arif. Terutama sekali ulama yang duduk didalam kerajaan. Sanggupkah agama Islam digadai hanya kerana menjaga periuk nasi sendiri dan menyokong membuta tuli?

JALAK said...

semakin sempit dan menyempitkan... kenapa tidak komen supaya BAHASA di1malaysiakan. semua org faham apa yang di tuturkan...

Followers