
Sepertimana yang dijadualkan, segala masakan perlu dihantar ke Arena Square Batu Bajah mulai jam 9.00 pagi.

Walaupun hujan turun agak lebat jam 5.45 pagi tadi sebelum masuknya waktu Subuh, segala-galanya telahpun diselesaikan mengikut jadual.


Terdapat 44 karung guni yang berisi nasi minyak tersedia untuk dihantar.

6 periuk gulai dan dalca menunggu masa untuk diangkat.

Dua bakul besar bihun juga telah tersedia.

Sup tulang dikaut kedalam periuk yang lebih kecil.

Kesemua periuk-periuk di 'seal' dengan rapi agar tidak tumpah semasa didalam perjalanan dengan lori nanti.

Membungkus dengan plastic wrapper ni pun perlukan kepakaran juga.

Periuk mula diangkat ke atas lori setan (satu tan laaa.)

Periuk-periuk lauk bersama dengan guni nasi minyak.

Kesemua barangan dikira dan dicatit.

Checklist barangan penting untuk tujuan rekod penghantar dan juga penerima.

Ahhh...mana? Arena Square? Ohhh....Batu Gajah aje. Ingatkan kat London nun...Kalau setakat Batu Gajah, sap sap sui je kata cina. Chor menjawab telefon dengan gaya Lambor nya.

Segala masakan yang dihantar, telah diperiksa dan disahkan sendiri oleh Ust Misbah.

Tepi, tepi. Sini ta bleh ambil gambar aa...wokey, wokey, bloggers tidapa. Ni bukannya mat bangla, ni Sdr Anuar, penyelaras operasi sambutan di Arena Square, Batu Gajah ni.

Dalam ramai-ramai orang kat situ, 2 orang pemuda ni aje yang berani turunkan barangan daripada lori ke? Yang lainnya mana?
Ajijoi ~ Dokumentasi yang saya lakukan selama kami di Surau Al-Ehsan memasak untuk majlis sambutan hari raya Pas Perak ini adalah bertujuan sebagai rekod gerakerja jemaah untuk kaji selidik di pihak kami mengenalpasti seterusnya memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat semasa menjalankan tugasan yang diamanahkan.
Tahniah diucapkan kepada kesemua petugas yang telah datang membantu menjayakan projek ini dan ribuan ampun maaf sekiranya terdapat apa-apa yang tidak menyenangkan serta menyinggung perasaan.
No comments:
Post a Comment