Saturday, October 10, 2009

Bongkar 4: Rumah terbengkalai bertaburan di Port Dickson

Papan tanda ni kita boleh jumpa dimerata-rata tempat dalam kawasan Port Dickson. boleh dikatakan dekat setiap simpang-simpang atau pusat tumpuan ada diletakkan papan tanda peringatan macam ni... pada aku benda ni memang sangat-sangat baik kepada semua.

Dadah ni memang satu benda yang bahaya. anak-anak muda boleh rosak otak kalau dah jadi mat dadah, yang dah berkeluarga boleh bercerai-berai akibat penangan menatang haram jadah ni dan ada juga sampai tahap membunuh ahli keluarga semata-mata sebab tak dapat duit untuk beli dadah.

Nampak macam KERAjaan sedia ada memberikan komitmen yang penuh dalam menangani gejala dadah ni...

Tapi...
Kawasan perumahan terbengkalai dah bertukar kepada kawasan tumpuan mat-mat dadah untuk melepaskan gian masing-masing. masa aku meronda kawasan-kawsan macam ni dengan penduduk setempat, kami jugak jumpa hampir 20 orang budak-budak berpakaian sekolah yang jadikan tempat ni sebagai lokasi untuk ponteng sekolah.

Masing-masing dengan rokok ditangan, baju sekolah dipakai ala-ala samseng dan ada jugak yang dok berlatih aksi rempit...
Gambar suasana sekitar kawasan perumahan terbengkalai... tiada tindakan susulan dari KERAjaan negeri untuk menyelesaikan masalah ini.
Tengok dekat sebelah kanan... dekat seberang sana dinaikkan pulak projek perumahan mewah... perumahan kos rendah macam ni dibiarkan terbengkalai tanpa apa-apa tindakan pemulihan. sebelah sana pulak untuk golongan atasan... tapi aku yakin yang seberang sana akan siap sepenuhnya, tak macam kos rendah ni... ala sape nak peduli rakyat bawahan yang kurang berkemampuan kan..? bukannya masyuuuk..!
Boleh ke diatasi masalah penagihan dadah kalau tempat-tempat lepak untuk mat-mat gian masih "disediakan" oleh KERAjaan..?

Sebenarnya masalah perumahan terbengkalai atau projek-projek terbengkalai ni tak patut ada kalau tak ada kegiatan rasuah. dadah pun akan mudah dikawal kalau tak ada kegiatan rasuah. tapi, macam mana nak halang kegiatan rasuah yang membawa kepada percambahan masalah-masalah nasional & sosial kalau yang dipilih untuk bekerja sendiri mengamalkan rasuah..?

Bila berlaku rasuah, indeks jenayah meningkat... masalah akan datang bertambun-tambun... nak selesai..? mustahil... sebabnya, bila dah terbiasa dengan rasuah, semua salah laku akan ditangani dengan cara rasuah.

Ahli keluarga kena tangkap sebab dadah, untuk tutup malu, rasuah orang-orang berkenaan untuk tutup kes... projek tak ikut perancangan, supaya tak kena tindakan, rasuah orang-orang berkenaan supaya tutup kes dan macam-macam lagi...

Korang fikir la sendiri samada nak gadai semua yang korang ada ditangan perasuah atau pertaruhkan masa depan korang ditangan orang yang tidak pernah disabitkan dengan rasuah...

Korang dah besar panjang dan jugak bijak...

- perisik-rakyat

1 comment:

aku manusia biasa said...

kalau korang bijak. jangan makan hasad dengki. jauhkan diri dari mulut caci mengeji. g muhasabah diri. g surau/masjid/pondok atau aper2 sajer tempat yang penuh ngan orang berilmu. Jngn melayan orang yang busuk hati.takut terikut. Jom wahai tentera Sabilillah! jihad menentang hawa nafsu dan hasad dengki!

Followers

Video ajijoi

Loading...