Thursday, October 29, 2009

Apa kaitan huruf D dengan tragedi jambatan gantung runtuh?

Kejadian jambatan gantung runtuh yang menimpa pelajar-pelajar di Kuala Dipang kelmarin semacam mempunyai kaitan pada huruf D.

Tempat kejadian dan juga ketiga-tiga mangsa mempunyai nama yang bermula dengan huruf D.

Kejadian berlaku di Kuala Dipang. Mangsa pula bernama Dina Dewe a/p Nathan, Davadharshin a/p Maheswarawandan dan Diryasree a/p Vasudevan.

Walau apapun kaitannya, ianya hanyalah kebetulan sahaja kerana segala-gala yang terjadi adalah ketentuan Allah Taala jua.

Mayat 2 korban tragedi Kampar ditemui


Dua lagi korban tragedi jambatan gantung runtuh sewaktu menyertai perkhemahan 1 Malaysia di Kampar Selasa lalu telah ditemui.

Mereka ialah Davadharshin a/p Maheswarawandan, 11, dan Diryasree a/p Vasudevan, 12.

Davadharshin adalah pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan, manakala Diryasree adalah pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng

Mayat Davadharshin ditemui malam tadi manakala mayat Diryasree ditemui pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Aziz Yusof berkata mayat Davadharshin ditemui terapung pada jam 11.30 malam tadi berhampiran Jambatan Mat Selangor, Tanjung Tualang - kira-kira 15 km dari tempat kejadian.

Beliau berkata, mayatnya yang ditemui oleh anggota RELA telah dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.

Aziz berkata keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai penemuan tersebut dan mayat mangsa akan dituntut keluarganya hari ini untuk dikebumikan.

Manakala mayat Diryasree ditemui jam 10.45 pagi tadi berhampiran Tronoh Mine, Sungai Kinta, 25 km dari tempat kejadian.

Mayat mangsa yang ditemui terapung oleh pasukan penyelamat telah dibawa ke ospital Kampar untuk bedah siasat.

Sebelum ini mayat mangsa pertama Dina Dewe a/p Nathan, 11, ditemui pada jam 8.40 pagi Selasa lalu berhampiran loji di sungai itu kira kira empat kilometer dari tempat dia terjatuh.

Tiga mangsa tersebut adalah antara 22 murid yang dihanyutkan arus deras apabila jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberang Sungai Kampar runtuh pada malam Isnin lalu.

Bagaimanapun 19 mangsa berjaya diselamatkan oleh guru dan pengawal sekolah terbabit. - BERNAMA

1 comment:

yusaini_yn said...

Kebetulan ja,jgn la paranoid lebeh2,
kalau mau jadi paranoid pegi jadi wartawan mastika,

atau jadi ketua pemuda yg paranoid dgn isu beyonce itu.

Followers