Saturday, October 10, 2009
Body Amoi jadi taruhan BN di Bagan Pinang
BN masih lagi mengamalkan budaya sogok untuk meraih undi. Kali ini perkara yang sama berlaku di Bagan Pinang.
Jika anak-anak muda di Bagan Pinang disajikan dengan arak, mungkin bagi yang berumur dan tua pula disajikan dengan tubuh badan amoi untuk menarik minat dan 'bersemangat' untuk mengundi 'pilihan terbaik' BN di Bagan Pinang iaitu Isa Samad.
Kemana hala tujuan rakyat yang hendak dibawa oleh BN dengan perkara-perkara seperti ini?
Oleh yang demikian, kesepakatan rakyat untuk menolak budaya songsang sebegini amat diperlukan untuk membentuk suatu bangsa Malaysia yang cintakan keharmonian, keamanan serta budi pekerti dan moral yang tinggi untuk generasi akan datang.
Utara, timur dan barat telah kita mulakan untuk kesejahteraan rakyat, kini giliran selatan pula untuk menikmati 'kuasa rakyat' dengan anjakan yang diharapkan bermula di Bagan Pinang.
Warga pengundi dun Bagan Pinang mempunyai misi yang besar dan penting untuk menguburkan politik perkauman yang membelenggu kehidupan seluruh rakyat sejak 52 tahun kita merdeka.
Pilihlah calon yang bersih, berintegriti dan berwibawa untuk memberikan khidmat terbaik dalam membela nasib rakyat. Pilihlah calon PAS, Zulkefly Mohammad Omar untuk kita menuju kearah itu.
Labels:
isu semasa,
prk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment