Pejabat Pilihan Raya Perak Pamer Nama Pendaftar
IPOH, 16 Okt (Bernama) -- Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak akan mempamerkan nama-nama mereka yang telah mendaftar sebagai pemilih baru dan pertukaran alamat tempat mengundi bermula dari 1 Julai 2009 hingga 30 September 2009.Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak, Che Wan Muhammed Salleh Wan Adnan dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, mereka yang telah mendaftar pada tarikh tersebut diminta untuk menyemak nama di tempat-tempat berikut iaitu pejabat Pilihan Raya Negeri Perak, Pejabat Pos, Pejabat Penghulu dan pejabat-pejabat daerah.
Tempoh pameran selama seminggu bermula Selasa depan (20 - 26 Oktober 2009), katanya.
Katanya sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri Perak di nombor telefon 05-2494113, 05-2494120 dan 05-2494121.
--BERNAMA
Ajijoi ~ Tiba-tiba je SPR suruh orang Perak semak senarai daftar nama ni. Ada apa-apa ke? Elok le tu. Apa ditunggu lagi.
1 comment:
Salam, betul tu... mungkin itu antara klu-klu yg tersirat. "Jadinya kepada warga perak yg dah daftar elok la pergi chek. TETAPI... Anggornye dh cukup umor dan belum daftar, lekas-lekas la pi daftar... undi ni perjuangan juga.. sama-sama la kita ingatkan sedare2 dan kawan-kawan kita"
Post a Comment