Wednesday, October 14, 2009

PAS tidak kalah semangat, maruah dan moralnya

Ipoh, 13 Okt. 09: Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki menyatakan, Kemenangan BN di DUN Bagan Pinang sedikitpun tidak melemahkan semangat ahli dan pimpinan PAS untuk terus berjuang bagi menegakkan keadilan di tanah air tercinta ini. Menurut beliau PAS tidak pernah kecewa, putus asa atau lemah semangat atas kemenangan calon BN di Dun Bagan Pinang tersebut, bahkan dari sudut maruah, moral dan semangat juangnya PAS sesekali tidak pernah kalah.

Memetik kata-kata beliau, ”PAS bertanding secara sihat dan mengikut lunas undang-undang, bermula dengan pemilihan calon, cara berkempen, sehinggalah ke proses merayu undi telah terbukti akhlak dan cara bekerja pimpinan dan penyokong PAS berada dalam keadaan baik dan mengikut undang-undang yang ditetapkan.”, ”PAS juga mempertikaikan kredibiliti UMNO / BN yang mana dari awal-awal lagi telah memilih calon yang disabitkan dengan rasuah untuk dijadikan wakil kepada rakyat, selain itu UMNO/BN juga telah menyalahgunakan jentera kerajaan dengan berkempen menggunakan semua kemudahan dan jentera kerajaan, bahkan apa yang lebih mengecewakan kita adalah apabila adanya budaya ugutan terhadap pengundi, dan saya percaya unsur-unsur rasuah semuanya digunakan oleh UMNO BN untuk memastikan kemenangan mereka”

Beliau juga mengingatkan kepada seluruh pendokong dan penyokong PAS supaya jangan sesekali berasa kecewa dan berputus asa dalam perjuangan, jadikan ini sebagai suntikan semangat untuk kita terus berjuang menumbangkan kezaliman yang dilakukan UMNO/BN kepada rakyat selama ini, jelas beliau.

Menurut beliau lagi, dari sudut Islam, menang atau kalah di dalam perjuangan itu penting. Tetapi yang lebih penting ialah ketika menang atau kalah, akidah, syariat dan akhlak sebagai umat Islam itu terpelihara.

Beliau juga menyatakan bahwa ahli PAS dan pendokong agama Allah SWT akan setiasa beristiqomah dalam perjuangan kerana akhir nya kemenangan itu adalah pasti milik Islam.

Beliau juga sempat memberi kata-kata semangat kepada seluruh rakyat yang terus setia bersama perjuangan PAS agar bersabar dan memahami, sejauh mana kita kalah, kita perlu bersenyum dan setinggi mana kita menang kita perlu senyum dengan nikmat Allah SWT yang Maha Luas. Perjuangan dalam menegak kan hukum Allah SWT, bukan perkara kecil kerana perjuangan inilah kita mungkin di pandang hina oleh rakan kita,di putuskan hubungan oleh saudara mara kita dan di sekat harta kedudukan oleh manusia .

Tapi kita perlu yakin Allah SWT sentiasa bersama kita, dan dalam politik kekalahan ini yang mematangkan kita jua saya samakan dengan kehidupan kerana kegagalan itu adalah jalan baru untuk bangun, jelas beliau lagi.


1 comment:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi

”PAS bertanding secara sihat dan mengikut lunas undang-undang, bermula dengan pemilihan calon, cara berkempen, sehinggalah ke proses merayu undi telah terbukti akhlak dan cara bekerja pimpinan dan penyokong PAS berada dalam keadaan baik dan mengikut undang-undang yang ditetapkan.”

Komen di atas lain macam bunyinya.

Betulkah PAS bertanding ikut undang2?

Undang2 mana? Al-Quran/Hadis ataupun undang2 penjajah (istilah PAS).

Kalau ikut undang2 penjajah pada pandangan PAS mana boleh ikut dan patuh.

Bukankah undang2 dan perlembagaan negara yang digubal adalah undang2 penjajah tok nenek orang putih pada pandangan PAS termasuklah undang2 mengenai pilihanraya.

Kalau ikut komen di atas, undang2 yang ditetapkan undang2 apa?

Sejak akhir2 ini, nampaknya pilihanraya kecil yang diadakan tidak lagi aman.

Kenapa tak aman?

Ajijoi dan Misbahul sudah pasti menyalahkan orang lain sebagai jawapannya.

Tak payah tuduh orang lain yang buat hal.

Komen sebegitu oleh Misbahul amat mengelirukan penyokong PAS tetapi saya tidak.

Sekian.

Followers