Saturday, October 10, 2009

Rakyat dijanjikan dan diautakan

Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan adalah retorik UBN semata-mata.Rakyat patut menyedarinya dan jangan mudah diperdayakan dengan janji-janji yang manis dalam masa kempen pilihanraya seperti yang sedang berlaku sekarang.

Kesempatan menjelajah ke beberapa kampung kediaman orang Melayu amat memalukan bagi sebuah negara yang telah lebih 50 tahun merdeka.

Ramai penduduk merungut tentang kualiti air yang begitu tercemar.Air dari Sungai Linggi membekalkan air kepada penduduk kampung tersebut.Mereka terpaksa menggunakan penapis air.Walaupun begitu, air tersebut masih juga tidak begitu nampak bersih dan mungkin membahayakan kesihatan penduduk.

Seorang penduduk telah menunjukan kepada kami penapis air yang begitu kotor pencemarannya walaupun hanya baru sebulan dipasang

Terdapat juga jambatan untuk laluan penduduk yang begitu usang dan agak menakutkan kami tatkala kami terpaksa menggunakannya.

Seorang penduduk yang ditemui disitu menyatakan rasa kecewanya kerana pihak tertentu telah banyak kali di temui supaya jambatan yang lebih sesuai dan kukuh dibina disitu, namun beliau hanya berjanji untuk mengambil tindakan sejak Isa Samad lagi.

-alhusseyn

No comments:

Followers