Saturday, October 10, 2009

Kempen hari terakhir

Pagi ini Sidang akhbar yg diadakan pada jam 11 pagi agak panas dengan beberapa laporan polis telah dibuat oleh pihak Pakatan Rakyat. Diantaranya :
1. Pengerusi SPR Malaysia
2. Pengarah Pilihan Raya Neg. Sembilan
3. Pegawai Pengurus PRK N13 - Bagan Pinang
4. Pegawai Penyelaras Tentera PRK N13 - Bagan Pinang.
Diantara kandungan laporan itu dapat diringkaskan seperti dibawah, ini kerana terdapat beberapa perbezaan yg ketara pada daftar pemilih tentera :

1. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor siri pengundi pos yang sebenar yang dikeluarkan oleh pemilih SPR.
2. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor tentera yg penuh.
3. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor lokaliti pengundi pos.
4. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor KP lama isteri pengundi pos

Pengarah Pilihanraya Pakatan Rakyat/PAS - YB Salahuddin ketika Sidang Media pagi tadi.

Penggunaan daftar pemilih tentera yg berbeza dengan daftar pemilih SPR telah menyebabkan :

1. Tidak boleh mengesahkan identiti pengundi pos semasa mereka datang mengundi
2.Tidak boleh mengesahkan bilangan keseluruhan pengundi pos
3. Tidak boleh mengesahkan bilangan sebenar pengundi pos yang tidak hadir
4. Tidak boleh mengesahkan pengundi pos yg meragukan

Lebih dari 100 wartawan, bloggers dan pemberita hadir ke Sidang Media pagi ini.

No comments:

Followers