Sunday, October 11, 2009

Umno punca ketegangan dan provokasi proses pengundian

Salah seorang penyokong PAS tercedera dan berdarah terkena balingan batu oleh penyokong UMNO BN

Salah seorang penyokong PAS tercedera dan berdarah terkena balingan batu oleh penyokong UMNO BN.

BAGAN PINANG, 11 Ogos - Pemuda dan penyokong Umnolah punca sebenar berlakunya pergaduhan antara penyokong Barisan Nasional (BN) dan PAS awal pagi hari mengundi ini. Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang hari ini tercalar dengan provokasi dan 'serangan mulut' Umno yang akhir membawa insiden baling batu dan botol satu sama lain. Ikuti laporan wartawan bertugas kami :

- Di S.K teluk Kemang, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu, dua orang penyokong BN telah ditahan oleh pihak polis atas kesalahan tindakan ganasnya menumbuk seorang penyokong PAS.

Sebelum itu pada jam 9, seorang penyokongnya ditangkap polis kerana kesalahan membawa sentaja tajam ke dalam kumpulan penyokong yang sedang merayu undi.


- Sementara itu, kejadian di SK. Panglima Adnan Bagan Pinang, ketegangan kumpulan penyokong Umno ini hingga menyebabkan seorang pegawai polis cedara dibaling batu oleh penyokong mereka.

Dan yang terbaru! seorang pemuda PAS cedera dibelasah 15 orang pemuda Umno. Namun pihak polis yang berada ditempat kejadian hanya menangkap seorang sahaja daripada pemuda Umno itu.

- Di S.K Si rusa juga, kejadian yang sama berlaku. Namun ketegangan masih di kawal.

Menurut Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli yang berada disana, kejadian yang berlaku berpunca dari penyokong BN yang cuba memasuki kawasan penyokong PAS. Realitinya punca-punca ketegangan hari ini dilakukan oleh Bn-Umno kerana mereka tahu bahawa mereka akan kalah disini.

"Dari segi moralnya, kita akan menang atas sokongan pengundi dan kerja keras petugas parti, bukannya seperti Umno yang menggunakan kekerasan berhadapan dengan pihak lawan," jelasnya ketika ditemui sebentar tadi.





Puteri Umno yang pengsan walaupun duduk dibawah bumbung tanpa berjemur di tengah panas.

Malam nanti pula, Puteri Umno akan pakat-pakat usung Isa Samad pulak yang pengsan sebab kalah.
"Siapa yang nak angkat I kalau I pengsan malam ni? You? Ke you ni? Angkat ramai-ramai pun takpe. Tak pun, I yang angkat you all lepas sorang-sorang."

No comments:

Followers