Saturday, October 10, 2009

Jasa calon Pas, Zulkefly kepada penduduk Kg Broga

"Kalau Aasuu tiada, nafas Broga tiada!" - penduduk

PORT DICKSON - Pertama kasih melihat sekumpulan orang Cina mengikuti calon Pakatan Rakyat Zulkefly Mohamad Omar, terdetik bahawa mereka yang terbabit itu adalah ahli Kelab Penyokong PAS.

http://www.buletinonline.net/images/stories/PRKBaganPinang/inseneratorbroga.gifApabila mereka didekati, rupa-rupanya mereka ini adalah aktivis-aktivis yang menyertai perjuangan Zulkefly dalam wadah No Incenirator Broga.

Sesiapa pun tidak percaya, begitu dekat peribadi Zulkefly dalam kamus perjuangan mereka.

Mereka tidak memanggil calon PAS sebagai Zulkefli atau Mohamad.

Tetapi, mereka panggil Zulkefly sebagai Aasuu.

Alice Lee Yok Kim, 40, yang mengaku sahabat kepada calon Pakatan itu berkata, Zulkefli seorang yang boleh dipercayaai serta ikhlas membantu mangsa pencemaran di Broga tanpa mengira kaum dan agama.

Beliau yang juga bekas Setiausaha pertubuhan ini telah datang ke Bagan Pinang untuk memberikan sokongan kepada Encik Zulkefly Mohamad Omar.

Menurut beliau, Zulkefly merupakan sahabat yang istimewa, boleh dipercayai, bertanggungjawab dan suka membantu orang ramai tidak mengira bangsa.

Beliau juga turut memperakui kebijaksanaan Zulkefly dalam berurusan dengan pegawai kerajaan serta kepetahannya berbicara dengan orang ramai.

Mewakili lebih 30 delegasi ke N31, Beliau turut berkongsi pengalaman manis, apabila perjuangan No Incenirator Broga tercapai.

Alice yang kini bermastautin di Bangi, meminta rakyat melihat kebolehan dan pengalaman Zulkefly memperjuangkan isu-isu kemanusiaan dan alam sekitar.

“Tidak kisah sama ada menang atau tidak, kami tetap akan sokong Zulkefly,” tambahnya lagi.

Beliau berharap dengan kemenangan yang bakal dicapai oleh Zulkefly, penduduk Bagan Pinang akan berpuas hati dengan kepimpinannya.

Bersama Alice, Gan Eng Lee, 55, pesara penoreh getah.

Menurut Gan, Zulkefly seorang yang sangat menepati janji dan tidak pernah menipu.

“Beliau juga seorang yang baik hati dan ikhlas dalam membantu orang tanpa mengharapkan balasan.”

“Mak saya kata, perjuangan sampai habis sebab Aasuu ada. Jika Aasuu tiada, nafas Broga pun tiada.

Mereka yang mengikuti kempen Zulkefly sejak dari awal,menyeru semua pengundi agar menyokong calon bersih itu.



No comments:

Followers