
Agak berat hati untuk membawanya ke klinik gigi kerana sangkakan dia tentu akan menjerit ketakutan apabila diperiksa oleh doktor gigi. Tambahan pula dia yang baru berusia 3 1/2 tahun tiada pengalaman ke klinik gigi lagi.

Memang terdapat lubang yang besar digiginya, kata doktor gigi tersebut.

Satu lubang di gigi geraham bawah sebelah kanan manakala dua lubang di gigi geraham sebelah kiri telah ditampal oleh doktor.

Mungkin terdapat beberapa lubang lagi di gigi sebelah atas pula. Apabila saya meminta doktor untuk memeriksa dengan lebih lanjut, doktor gigi tersebut mengatakan lain kali saja.
Pada mulanya agak tidak puas hati dengan jawapan doktor itu kerana bukan senang untuk mengambil cuti dan menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. Apabila bertanya dengan lebih lanjut, barulah saya berpuas hati.
Doktor gigi memang telah mahir dan berpengalaman merawat pesakit kecil seperti anak saya ini. "Dia beri kita tampal tiga lubang digigi dia pun sudah bagus" terangnya.
Barulah saya faham, kanak-kanak punya tahap kesabaran yang paling nipis berbanding dengan kita. Bukannya senang untuk dia duduk diam lama-lama.
Bahana terlalu suka makan gula-gula. Bukannya makan pun, tapi kunyah gula-gula. Akhirnya anak bongsu saya berpeluang menimba pengalaman ke klinik gigi.
Bukannya semua orang suka ke klinik gigi. Anda, bagaimana?
1 comment:
3hari lepas tampalan my gigi tercabut setelah saya tersilap cungkil gigi. Takutnya nak jumpa dentist semula.......... tahniah to yr anak
Post a Comment