Hari ini :-
Ajak rakyat ingati sejarah penubuhan Malaysia: PM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengisytiharkan Hari Malaysia yang disambut setiap 16 September sempena penubuhan Persekutuan Malaysia dengan penyertaan Sabah dan Sarawak pada 1963, sebagai cuti umum di seluruh negara mulai tahun depan.
Dengan pengisytiharan itu yang diputuskan Jemaah Menteri, baru-baru ini, rakyat akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar.
Perdana Menteri berkata, Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan rakyat mengenai perjuangan mencapai kemerdekaan daripada penjajahan yang dirayakan dengan pelbagai acara rasmi, seperti perarakan untuk mengingati detik sejarah itu.
"Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosiobudaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya pada sidang Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang meminta penjelasan sejauh mana penerimaan rakyat ke atas seruan 'Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia' dan jenis program yang difikirkan berkesan bagi mencapai hasrat itu.
Perdana Menteri berkata, pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat adalah satu titik sejarah yang amat penting. Maka kita juga mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak dapat dirasai oleh rakyat di Semenanjung.
Menjawab soalan tambahan Marcus mengenai identiti rakyat Malaysia, Najib berkata, negara sejak dulu lagi memilih kaedah integrasi, bukan asimilasi seperti negara jiran, Filipina, Indonesia dan Thailand.
"Pemimpin kita dari dulu lagi bersikap terbuka dan inklusif kerana itulah jalan terbaik apabila dapat tampilkan satu kekuatan, `unity in diversity' dan tidak ada negara lain yang seunik Malaysia," katanya.
Tahun lalu :-
Tiada cuti umum 16 September - PM
PUTRAJAYA 16 Sept. - Kerajaan tidak bercadang menjadikan 16 September sebagai cuti umum, kata Perdana Menteti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Tidak ada, tidak ada, tidak ada...,’’ katanya kepada pemberita selepas menemui semua Ketua Setiuasaha Kementerian di sini hari ini. - Utusan
Ajijoi ~ Sapi punya minyak, lembu dapat nama. Tahun lalu bila kerajaan Pakatan Rakyat ingin memberikan cuti umum sebagai memperingati 16 September sebagai hari Sabah dan Sarawak bergabung dengan semenanjung dan membentuk Malaysia, kerajaan pusat mengkritik tindakan tersebut kerana hanya mahu memperingati 31 Ogos sebagai hari kemerdekaan.Banyak idea-idea Pakatan Rakyat yang dahulunya dikutuk dan dikritik telah mula digunapakai oleh BN dengan memberikan penjenamaan baru sambil mendabik dada seolah-olah ianya adalah inisiatif mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment