Wednesday, October 28, 2009

Keselamatan Adun-adun Pakatan Rakyat dibawah lindungan Raja Segala Raja

Malam ini solat hajat telah diadakan dimasjid-masjid dan surau-surau untuk memohon agar keselamatan Adun-adun Pakatan Rakyat dipelihara oleh Allah Taala serta diberikan kekuatan kepada mereka mempertahankan hak rakyat semasa sidang dun berlangsung nanti.

Sungguhpun pelbagai halangan serta peraturan dibuat untuk menyusahkan adun-adun Pakatan Rakyat bersidang, namun itu tidak sedikit pun melemahkan semangat mereka untuk menjalankan tugas sebagai ahli dewan undangan negeri yang telah dipilih rakyat didalam pilihanraya yang lalu.

Semoga persidangan dun tersebut akan berjalan dengan lancar tanpa kejadian-kejadian yang tidak diingini sepertimana yang berlaku pada 7 Mei yang lalu.

Harapan rakyat Perak dibawa bersama-sama Adun-adun Pakatan Rakyat ke dewan persidangan untuk menuntut agar hak rakyat memilih kerajaan yang sah dikembalikan kepada mereka.

Selamat berjuang diucapkan kepada Adun-adun Pakatan Rakyat dan keselamatan mereka diletakkan dibawah jagaan Raja Segala Raja yakni Allah Taala hendaknya.

1 comment:

Malaysian said...

Selamat Bersidang Kepada ADUN Pakatan Rakyat!

Kembalikan Hak Rakyat!
Bubarkan DUN Perak!

Suara Anak Perak!


Regards,
Malaysian Come First
GoMalaysian.Blogspot.Com

Followers