Selepas solat Isyak, operasi besar-besaran pun bermula. Gulai kawah dan dalca menjadi tumpuan utama petugas.
Pas Perak bukan saja menghantar setiausahanya sebagai tester, bendaharinya juga dihantar untuk mengaudit bahan-bahan yang digunakan. Lain macam je gaya sembang dengan isyarat jari yang sebegitu.
Pesuruhjaya, Ust Bakar begitu bersemangat bekerja. Lain kali tak perlu jemput untuk ceramah je, masak kenduri pun boleh jemput.
YB Chan Ming Kai juga tidak lepaskan peluang mengacau dalca sambil dikawalselia oleh Ust Misbah. YB Chan buat kenduri nanti, senang le. Dah ada experience.
Steady la YB Chan. Dah pakai baju melayu, tolong kerja kenduri orang melayu, bila lagi nak 'buat kenduri' dengan orang melayu pulak? Tunggu hidayah je YB kita ni...
1 comment:
syabas kepada semua petugas jamuan hari raya...terutama petugas "jabatan memasak"...dan syukur kehadrat Allah SWT semua kerja2 yang dirasakan amat sukar dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna...
esok kenduri lagi....jangan lupa...kenduri meraikan petugas pulak...
Post a Comment