Wednesday, October 14, 2009

Teruskan perjuangan jentera Pas Perak

• Saya selaku Pesuruhjaya PAS negeri Perak bersama-sama seluruh pimpinan dan
ahli-ahli PAS negeri Perak mengucapkan jutaan terima kasih, jazakumullahu
khairan kathira kepada semua petugas-petugas pilihanraya daripada PAS negeri
Perak dari semua peringkat, samada JPN, Kawasan, Cawangan, Dewan Ulamak,
Pemuda dan Muslimat yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan
komitmen.

• Bagi PAS negeri Perak saya mengharapkan dengan keputusan PRK DUN Bagan
Pinang tersebut akan memberi suntikan dan semangat baru pada ahli dan
pemimpin PAS di semua peringkat untuk bekerja keras mulai dari sekarang bagi
memastikan kemenangan PAS dalam pembubaran DUN Perak yang dijangka akan
berlaku tidak lama lagi dan Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

Ingatlah kita akan Firman Allah SWT:

Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang
yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau
kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan
orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segalasesuatu.( Ali Imran ayat 26)

• Semoga usaha mulia kita dalam memastikan Islam terus memimpin perubahan
buat rakyat Malaysia mendapat keredhaan dan bantuan dari Allah SWT.

Ustaz Abu Bakar Hussain
(Pesuruhjaya PAS Perak)

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...