Saturday, October 17, 2009

The Making of Jamuan Raya Aidilfitri Pas Perak...Part One

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pas Perak yang akan diadakan di Arena Square, Batu Gajah esok telah mengamanahkan warga Surau Al-Ehsan, Rapat Setia, Ipoh sebagai penyedia makanan untuk majlis tersebut. Tugasan Pas Rapat Setia ini akan dibantu oleh cawangan-cawangan daripada kawasan sekitar dalam Pas Gopeng.

2 ekor kerbau dan 2 ekor lembu dimasak gulai kawah, 100 ekor ayam digoreng dan 600kg beras dibuat nasi minyak. Itulah menu utama yang menjadi keutamaan kami di surau untuk memasaknya mulai malam ini. Ditambah lagi gulai dalca dan juga sup tulang.

Segala persiapan telah dimulakan seawal pagi lagi oleh kami kariah surau.

Apa dimain dema bertiga ni?

Muslimat kontrek siang-menyiang dibahagian dalam.

Belah kayu dengan kapak, bang. Bukannya dikopak.

Ustaz Bakar, Pesuruhjaya pun turut bantu sama.

Haji Daud sembelih itik Serati untuk santapan tengahari petugas.

Apa dah jadi dengan itik tu?

Raja Aziz menjadi 'pengapak' terbaik pada pagi ini.

Kayu-kayu 'kapakan'nya juga daripada kayu yang terpilih dan disahkan oleh Amin dan Leman.

Ust Bakar sedang membincangkan strategi terbaik bersama Ust Faisol.

Abang Leman sedang menyediakan tungku untuk membubuh kawah.

Jam 11.00 pagi, daging-daging pun sampai.

Haji Ismail daripada Pas Batu Gajah sedang memotong daging.

"Kalau projek masak ni tak jadi, tak tau la sapa 'punya' nak kena potong macam ni" gertak Chief Chef pada Tuan Penasihat

To be continue...

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...