Wednesday, October 28, 2009

BN menghina amanah rakyat dan Sultan Perak

Kejadian yang berlaku pada sidang dun Perak pagi tadi begitu memalukan rakyat Perak. Peraturan persidangan dipinda manakala orang asing dilantik sebagai bentara dewan.

Persidangan yang sepatutnya bermula jam 10 pagi dengan kehadiran kesemua adun bn dan pr telah dicemari dengan insiden yang amat memalukan sistem demokrasi berperlembagaan negara.

Mengapa adun-adun PR telah dihalang oleh polis dan juga bentara dewan? Dikasari sehingga Speaker Perak V. Sivakumar dicekik dan songkok serta jubah speaker yang sah dipakainya telah dirampas? Lif dibangunan SUK yang menuju ke dewan persidangan telah dimatikan sehingga memaksa kesemua adun-adun PR terpaksa menggunakan tangga?

Mereka telah beberapa kali dihalang daripada memasuki bangunan SUK dan dewan persidangan sehingga jam 11 pagi. Apa perlunya BN mengadakan sidang dun sesama mereka sahaja tanpa kehadiran adun-adun PR yang masih bergelut untuk melepasi halangan polis dan bentara? Apa yang mereka takutkan? Apa pula yang mereka rahsiakan?

Polis juga begitu mengecewakan apabila bertindak mengikut arahan sebelah pihak sahaja. Bukankah anggota polis perlu berkecuali didalam hal-hai yang melibatkan politik? BN Perak hari ini telah dengan rakusnya memusnahkan serta menghina amanah yang diberikan rakyat serta Sultan Perak kepada mereka.

6 comments:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Siapakah sebenarnya yang menghina rakyat dan Sultan Perak.

Masih ingatkah lagi Adun PR (tak berdaftar) membuang Buku Perntah Tetap DUN pada 7 Mei lalu?

Saudara masih ingatkah artikel dalam blog ini bertajuk "Sultan bantu BN rampas Perak dari Pakatan Rakyat?"?

Apa yang saudara tahun tentang Bajet 2010 Kerajaan Persekutuan?
Kata Wazura yang bijak pandai itu bahawa Bajet 2010 tidak selaras dengan ajaran Islam.

Bagaimana pula pandangan Ajijoi tentang Bajet 2010 Kelantan dan Bajet Perak 2008 yang dibentangkan oleh Kerajaan Negeri PAS Kelantan dan Perak?

Selepas itu apa jadi kepada ekonomi negeri Islam itu?

Lepas itu pula petik kata2 pakar ekonomi Charles Santiago. Hebat sungguh PR (tak berdaftar) mengajar BN yang telah lama memerintah.

Cakap memang senang tapi nak laksana dan mengurus memang payah.

Jadi, siapa yang menghina rakyat dan Sultan Perak?

Contoh di atas adalah sedikit dan ada senarai lagi.

Tidak payahlah Ajijoi memenangkan PAS tetapi sedikit manfaatnya kepada umat Islam dengan memetik kata-kata orang lain yang kononnya hebat di dalam blog ini.

Saya pun tak ingin berbalah dengan Ajijoi untuk memenangi diri-sendiri dan menyebelahi BN semata2.

Tanyalah diri sendiri wahai Ajijoi.

Hebat benarkah PAS pada pandangan saudara?

Apa macam dengan Nik Aziz yang kini mengancam PAS di dalam blognya?

Baginya, biar PAS berpecah asalkan beberapa kerat pemimpin dalam PAS dapat ditendang keluar.

PAS sebuah parti politik yang tetap menerima ujian berat seperti parti lain juga.

Dulu PAS berdoa supaya UMNO berpecah sekarang PAS menerima kesan daripada doa itu.

Sekian.

Mama Izzah Nabihah said...

apa sajalah kau pkr
tak abis2 ngisap rokok
bila dah byk isap rokok
tulah jadinya
hati jd gelap, itam belabu asap
silap2 boleh jd barah....
bila hati dah gelap, jln yg cerah pun dah tak nmpk...
apa sajalaaa labu

Mama Izzah Nabihah said...

malas nak layannnnn
byk lagi perkara lain yg boleh dibuat
lagi byk manfaatnya

mcmlaa penerangannya boleh menginsafkan/membetulkan rakyat yg makin bijak pandai

mosabit said...

Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara "middle east". Orang yang menulis tidak dapat dikesan.

Seorang nasrani berkata, "saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi."

Seorang majusi pula berkata, "saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir."

Seorang kafir pula berkata, "saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing."

Anjing pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi."

Babi pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang dilahirkan menjadi ahli umno....."

amik ko...

JANTAN said...

dan ahli UMNO pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai ahli UMNO. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang dilahirkan jadi ahli PAS yang menyesatkan umat Muhammad dan bersubahat dengan peliwat (PKR) dan Abu Lahab (DAP)....."

Huh! amik lu!

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai AP,

AP kata:

"apa sajalah kau pkr
tak abis2 ngisap rokok
bila dah byk isap rokok
tulah jadinya
hati jd gelap, itam belabu asap
silap2 boleh jd barah....
bila hati dah gelap, jln yg cerah pun dah tak nmpk...
apa sajalaaa labu"

Mari kita tengok siapa yang kena balun oleh AP.

PKR juga yang kena sebab seperti kata AP, PKr tak habis2 hisab rokok yang mana hati jadi gelap walaupun di kawasan yang cerah.

Begitulah nasib PKR, PAS dan DAP dalam PR (tak berdaftar) sanjungan AP.

Saya berdoa supaya AP tak terjun sama dengan labu labi sebab AP sokong sahaja tapi tidak tahu faedah dan risikonya.

Sekian.

Followers