Wednesday, October 7, 2009

Selamat berjuang jentera Pas Perak di Bagan Pinang - Pesuruhjaya Pas Perak

Port Dickson: Pesuruhjaya PAS Perak hari ini memberi kata-kata semangat kepada seluruh jentera PAS Perak yang diamanahkan bertugas di bagan Pinang agar terus berjuang dan beristiqamah dalam memastikan kemenangan calon PAS, Saudara Zulkefly Mohamad Omar bagi memenangi kerusi Dun Bagan Pinang.

Beliau menyatakan bahawa kemenangan PAS di Bagan Pinang ini amat penting bagi membuka lembaran baru kebangkitan PAS di zon selatan tanah air ini.

Memetik ucapan beliau ” Permatang Pauh, Permatang Pasir, Penanti, Bukit Selambau, Bukit Gantang di utara telah mencatat sejarah kemenangan dalam pilihanraya kecil (PRK) kepada PR dengan pencapaian yang begitu baik. Manakala di Kuala Terengganu yang terletak di timur pula juga telah mengukir kemenangan apabila kita berjaya mengambil kerusi tersebut dari tangan BN.

“Kini tiba pula giliran Bagan Pinang yang terletak di selatan untuk memberi mesej yang lebih jelas kepada BN, bahawa rakyat pelbagai kaum di negara ini mahukan PR mentadbir Malaysia dan membuka lembaran baru untuk rakyat dalam membangunkan sebuah negara yang adil dan berkebajikan”.

Sehubungan dengan itu beliau berharap agar jentera PAS Perak sentiasa meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dalam setiap ibadah dan gerak kerja yang dilakukan, ini kerana kemenangan sebenar adalah apabila adanya bantuan Allah SWT dalam perjuangan kita, dan seluruh jentera PAS Perak juga perlu bersiap sedia untuk menghadapi pembubaran DUN Perak yang akan berlaku tidak lama lagi. "semoga momentum kemenanangan PR dalam PRK yang berlaku sebelum ini, memberi gambaran awal bahawa Perak akan kembali berada dibawah kepimpinan Pakatan Rakyat". jelas beliau

No comments:

Followers