Wednesday, October 7, 2009

Kisah babi di prk Bagan Pinang

Apa jadi zon ajaib Bukit Pelanduk?

Orang politik, tak kira parti apa pun, memang pandai mencipta alasan. Saya seronok membaca alasan Mentori Bosa Negori Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan. Bila orang bising sangat tentang projek terbengkalai di Port Dickson, pantainya yang kotor serta sebahagian penduduknya yang hidup dengan pendapatan yang begitu kecil, sedap sungguh dia jawab. Memang cara jawapan yang out of the box, yo lah tu!

Port Dickson akan dibangunkan mengikut zon seperti pelancongan dan industri agar pembangunannya lebih tersusun dan terancang, kata beliau. Mak aih! Sodap jawapan ekau, Mat!

Cuma kita nak tanya, apa jadi tanah estet seluas 1520 ekar dan 2045 ekar lagi milik penternak babi tradisonal yang katanya hendak dijadikan kawasan penternakan babi berpusat di Bukit Pelanduk yang pernah disebut oleh Menteri Kesihatan sebagai kawasan ternakan babi yang terpadat dan terbesar di Asia Tenggara?

Zon yang bagaimana di situ sehingga tanah yang sepatutnya dijual kepada penternak babi dengan harga RM8,500 tiba-tiba dijual pula kepada syarikat berkaitan MCA (atau MLC - selalu kita sebuat GLC atau syarikat berkaitan kerajaan, kali ni MLC la pulak) dengan harga RM145,000?

Zon apakah sebenarnya di situ sehingga tidak boleh diketahui umum sehingga semua rekod dan dokumen mengenai penukaran status tanah zon ajaib itu tidak boleh diketahui umum?

Rakyat nak tanya siapa? Nak tanya Datuk Seri Mentori Bosa atau bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang kini menjadi calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (orang Port Dickson tak sebut Mentori Bosa sebab mereka tidak bercakap loghat utama Negeri Sembilan macam keluarga orang rumah den, orang Rembau) atau nak tanya bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr Yeow Chai Thiam?

Atau nak tanya Pengarah Urusan Brem Holding, Datuk Khoo Chai Kaa?

Datuk Seri Mentori Bosa kono jawab fasal zon ajaib di Bukit Pelanduk tu. Kalau tak nanti, dituduh lak bersubahat! (Posting ini ditulis dengan ucapan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membangkitkan isu babi)

-penarik beca

7 comments:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Tak perlulah cerita pasal babi di Bagan Pinang semata-mata nak sokong PAS.

Pemimpin PAS hanya nak tahu masalah pengundi untuk nak dapatkan undi tetapi tak tahu bagaimana nak menyelesaikan masalah.

Cuba lihat di Perak.

Semasa PR (tak berdaftar) memerintah kenapa tak bubar DUN.

Tetapi selepas kuasa sudah tiada, minta bubar DUN sedangkan kuasa sudah berpindah ke tangan BN.

Atas alasan KEMBALIKAN HAK RAKYAT, PR minta DUN dibubarkan.

Semasa berkuasa apa PR buat. Dengan jawatan MB dari PAS apa yang PAS boleh buat?

Mana hukum hudud dan kerajaan Islam?

Dengan jawatan yang satu itu, kenapa tak laksanakan hukum hudud dan negeri Islam?

Cakap memang berdegar-degar namun tong masih kosong.

Kalau benar jujur dan ikhlas, cuba bandingkan kelemahan dan kekuatan antara PAS dan UMNO serta BN dan PR (tak berdaftar) dalam pelbagai sudut.

Dalam memberikan sokongan janganlah sokong membawa rebah.

MaMa NabIhAH said...

PKR,
masih ramai fakir miskin di negeri diterajui BN, masih banyak penduduk setinggan di Johor, Melaka dan Pahang- kalau benar BN tahu selesaikan masalah, tentu nasib mereka di negeri itu turut terbela. lebih 50 tahun dok pegang tampuk pemerintahan, dah terlalu selesa...dah rasa terlalu kuat, then macam-macam boleh buat!!

bila nak PRU/PRK barulah sibuk, janjikan macam-macam. abis pr/prk, janji tinggal abuk semata!
saya dulu duduk kampung setinggan JLN Stulang Baru, JB, dijanjikan rumah murah, sehingga sekarang rumah tak siap-siap, tapi duit dah abis dibayar, agaknya next pru pun belum tentu siap!

rasanya saudara tak reti/paham trajedi politik perak, bukankah DS nizar dah minta Tuanku Sultan bubar DUN, tapi Tuanku menolak, so takkan Nizar nak dok desak Tuanku. that's why bawak masuk court!

hukum hudud dan kerajaan islam? cuba saudara buka perlembagaan persekutuan, bezakan antara state list dan federal list, baru saudara tau kenapa hukum hudud tak dapat dilaksanakan. apalah sangat kuasa kerajaan negeri berbanding kuasa kerajaan pusat!

yap! memang banyak perbezaannya antara PAS dan BN, hanya mereka yang celik mata dan hati sajaha dapat menilainya...
wallahua'alam

Ajijoi said...

terima kasih mama nabihah tolong jawabkan.

tak kuasa rasanya nak melayan org tak tak reti-reti ni.

MC_Shaharul said...

org umno nie klu dah bangang2 jgkla...bg la pape hujah pn,bodo camtue la jgkkk..x sedar diri duk kene kencing dari dulu yop,pg mamposla weii..tgu pru akan dtg,kami student2 akan blk mengundi n akan pstikan korg2 nie pupus di muka bumi Allah nie..

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi Dan Mama Nabihah,

Kalau saya PKR tak reti apatah lagi PAS.

Sila jawab soalan cepu emas ini.

Pemimpin PAS pernah melabel UMNO kafir kerana kerjasama dengan MCA dan MIC, apa yang kita nak label PAS yang kini berpeluk dengan DAP dan PKR?

Memanglah ajijoi tiada kuasa nak jawab kerana tiada fakta yang nyata dalam menyokong PAS.

Kalau PKR tak reti jawab soalan itu dulu sebelum saya bentangkan hujah lain.

Saya akan tanya soalan asas tentang persoalan PAS terhadap UMNO selama ini.

Kalau tiada jawapan memang patutlah PAS sebuah parti yang gagal.

Kepada Mama Nabihah, anda tidak ada hujah yang tepat mengenai negeri Perak.

Siapa yang dulu pergi court (bahasa orang putih Mama Nabihah? Kajilah dulu, baru tahu.

Kenapa perlu bubar DUN Perak sedangkan kuasa sudah hilang. Semasa ada kuasa kenapa tak bubar?

Ini bukan soal Tuanku tolak dan desak Tuanku. Ia berkaitan undang2.

Saya sudah lama kaji kenapa PAS utarakan tentang hudud dan negara Islam.

Tetapi PAS telah diuji di Terengganu (singgah sepenggal), Kelantan (dah lama) dan Kedah (baru sepenggal).

Mama Nabihah memang bijak mengenai Perlembagaan. Bicara tentang state list dan federal list.

Mengurus kerajaan negeri pun PAS hadapi masalah inikan pula nak urus negara.

Macam mana bentangkan hukum hudud kalau kabinet bayangan PR anwar jadi PM, Lim Kit Siang jadi TPM 1 dan Hadi TPM 11.

Itu belum lagi diambil jumlah kerusi yang PAS bertanding di peringkat Parlimen.

Setelah menjadi kerajaan, ramaikah orang telah bertambah imannya di bawah naungan PAS?

Dari segi politiknya, penyokong macam Mama Nabihah dan Ajijoi tak nampakkah penyokong PAS bernari-nari di atas jalan raya, memukul orang yang berlainan parti, provokasi, merusuh, dan lain-lain yang sewaktu dengannya.



Sekian.

MaMa NabIhAH said...

apa yang saya cerita dari pengalaman sebenar,

(1) saya lahir di negeri kubu kuat BN -Johor, masih ada setinggan di bandar johor baru, JLN Stulang Baru, kawasan shahril Samad... sejak diduduki sekitar tahun 70-an, setinggan itu tak berubah, tiap kali pru, janji akan pindahkan, bagi rumah murah, tapi takde pun, asyik sambung bayar tol memanjang....sampai sekarang!
bijak sangat kah negeri BN tu dalam menguruskan pentadbirannya

(2) saudara periksalah perlembagaan malaysia untuk menjawab berkenaan hukum hudud, negara islam, kalau tak pun ,masuk UIA , amik law degree, macam saya!

(3)saya arif sangat-sangat kes mahkamah NS Nizar, kerana saya berkerja di dalam bidang kehakiman malaysia

(4) saya labelkan pas n dap n pkr sebagai satu rangkaian strategi politik yang bagus untuk menggugat UBN supaya mereka sedar, rakyat mahukan perubahan dalam senario politik tanah air

(5)betapa ramai juga orang yang telah murtad sejak negara di bawah pemerintahan UBN? statistiknya menakutkan!

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Mama Nabihah,

Barulah saya tahu siapa Mama Nabihah.

Rupanya orang Johor dan graduan law (bahasa orang putih). Orang kehakiman pulak tu.

Tapi bukan pakar undang2.

Mama orang Johor kononnya pandai segalanya tentang apa yang berlaku di Perak.

Pasal hal ini saya tak rujuk kepada Mama tetapi banyak rujukan saya dapat berkenaan undang2 selain apa yang telah saya kaji dan pelajari sebelum ini bukan setakat pasal Nizar yang masih mahu jadi MB Perak tapi hilang majoriti.

Ingatlah Tuanku Sultan Perak adalah belas Ketua Hakim Negara.

Saya cadangkan Mama jangan kerja dalam kerajaan dan berhenti untuk buka firma sendiri jika cukup syarat.

Bagi peluang kepada orang lain.

Nanti jadi hakim kena ADIL (bukan Parti KEADILAN Rakyat).

Saya nak cerita sedikit pasal setinggan bukan kat Johor sahaja.

Mama tak tahu bahawa kalau kerajaan nak majukan kawasan setinggan PAS kata kerajaan BN zalim dan kalau tak dimajukan kawasan tersebut, Mama Nabihah yang heboh.

Bukankah begitu politik Mama dan PAS.

Tengok kat Lembah Kelang, PAS dan rakannya heboh dan ambil kesempatan ke atas kerajaan BN berkenaan dengan Setinggan Sifar.

Bukankah itu cara untuk memajukan kawasan tersebut dan dilakukan dengan cara paling baik dan sesuai.

Apakah jadah Mama kata PAS, DAP dan PKR adalah satu strategi politik yang bagus?

Nak dikatakan Mama tak baca dan tak tahu sejarah Islam dan Melayu tak ADIL pulak.

Saya kenal dan tahu sejarah PAS, DAP dan PKR apatah lagi UMNO, MIC, MCA dan hal ehwal politik negara. Dan dah lama mengkajinya.

Kenapa tak jawab soalan saya sebelum ini.

UMNO dituduh kafir apabila bekerjasama dengan MCA dan MIC. Jadi bagaimana pula dengan PAS yang kini bersama DAP dan PKR nak dilebel apa?

Tak guna jadi profesional Melayu tapi sengaja tak faham sejarah apatah lagi kalau tak tahu pasal politik.

Pasal murtad pula, saya dapati Mama hanya tahu menyalahkan orang lain. Kalau murtad mesti jari dituding kepada BN. Kalau maksiat mesti BN kena lagi.

Saya nak tanya. Negeri Islam pujaan Mama di pantai timur tu penduduknya dah bertambah iman ke dengan Bandaraya Islamnya?

Tiada murtad ke? Tiada maksiat ke? Bersih ke? Maju ke?

Kalau ada nak salahkan BN lagi ke?

Amboi sedapnya.

Saya satu negeri dengan Ajijoi tetapi dia satu geng dengan Mama.

Mama harus ingat tidak ada kepimpinan dan pemerintahan yang sempurna selepas zaman Nabi Muhammad.

Itu sebab saya cabar Mama buat perbandingan dan analisis SWOT (Strength, Weakness, opportunity and Threat)antara PAS dan UMNO serta BN dan PR (tak berdaftar).

Tetapi Mama belum sahut.

Apa yang diutarakan oleh Mama dalam blog ini hanyalah sokongan kepada PAS secara membuta tuli sahaja tanpa FAKTA.

Saya tidak kisah kalau Mama ada fakta yang sahih dan jelas tentang sokongan Mama kepada PR.

Dalam PR ada DAP. Siapa dia DAP ni? UMNO dituduh kafir kononnya menentang perjuangan PAS (menentang Islam agaknya)tapi boleh pula Hadi berpeluk dengan Pak Cik Lim Kit Siang (orang DAP la tu)yang menentang Islam?

Mama tahu ke sebab PR tidak mahu didaftarkan? Kalau tak tahu tanyalah Tok guru, Bapak Guru, Maha guru dan guru lain dalam PAS, 'ulama' dan 'ustaz' dari PKR dan DAP yang boleh baca Al-Quran.

Sekian .

Followers