Saturday, October 3, 2009

Buku menuduh pimpinan Pakatan diedar seawal penamaan calon

PORT DICKSON, 3 Okt — Walaupun sebelum bermulanya tempoh sah berkempen untuk prk Bagan Pinang, Pakatan Rakyat 'diserang' apabila 2 buah buku yang mengandungi pelbagai dakwaan terhadap pimpinan Pakatan diedarkan sekitar kawasan berdekatan.

Kedua-dua buku tersebut didapati diletakkan dicermin hadapan setiap kereta yang diletakkan sepanjang jalan di Batu 7 disini, dan pihak yang bertanggungjawab menyebarkan buku-buku tersebut masih belum dikenalpasti.

Salah sebuah buku tersebut, bertajuk"Wajah Sebenar Tan Sri Khalid Ibrahim: Nasib Orang Melayu Selangor", menuduh Menteri Besar Selangor tersebut mengenepikan masyarakat Melayu dinegeri itu.

"Mereka terlalu mahukan Kuasa Rakyat setelah ditipu oleh Pakatan Rakyat, sehinggakan sanggup menggadai masa depan anak-anak mereka," tulisan yang terpapar dipermulaan buku setebal 49 muka itu.

"Setelah memerintah negeri selama 16 bulan, Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim telah melakukan banyak perkara yang merugikan Melayu dan Islam," tambahnya lagi dan antara beberapa contoh yang diberikan adalah mengenai cadangan negeri Selangor untuk mengadakan pemilihan bagi memilih ahli majlis tempatan.

"Jika ini berlaku, hampir keseluruhan ahli majlis tempatan akan dikuasai oleh orang-orang Cina sebab mereka tinggal dikawasan bandar manakala kaum Melayu tinggal di kampung-kampung," kata buku itu lagi.

Ia menuduh Tan Sri Khalid melantik ahli-ahli daripada masyarakat Cina ke kedudukan penting di dalam majlis tempatan.

Buku tersebut, yang tidak mencetak nama penulis mahupun penerbit, juga turut menuduh PAS telah menjadi boneka kepada Cina di dalam DAP dan PKR.

Ia juga menyiarkan gambar-gambar peribadi ahli majlis eksekutif Selangor, Elizabeth Wong yang telah disiarkan secara meluas melalui internet awal tahun ini.

Sebuah buku lagi, juga ditulis dan diterbit oleh pihak yang tidak diketahui, menyoal komitmen pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim's terhadap komuniti Melayu.

Dengan tajuk "50 Kemusykilan Tentang Manusia bernama Anwar Ibrahim", ianya dipercayai diilhamkan daripada buku "50 Sebab Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri", yang diterbitkan 12 tahun lalu dan seterusnya menjadi penyebab kejatuhan Anwar daripada kerajaan.

Buku terbaru ini menuduh Anwar tidak senang dengan kejayaan yang dikecapi oleh orang Melayu.

"Anwar menuduh DEB sebagai tidak adil dengan mengenepikan masyarakat Cina dan India, yang juga bermakna dia tidak senang melihat Melayu berjaya sebagaimana orang Cina," kata buku itu lagi.

*Diterjemah oleh ajijoi daripada Malaysian Insider

No comments:

Followers