Thursday, October 8, 2009

Umno atau BN yang bertanding di Bagan Pinang?


Wan Ahmad Wan Omar menunjukkan sampul surat untuk undi pos selepas memberi taklimat kepada Pegawai Pengurus, Penolong Pegawai Pengurus dan petugas SPR di Port Dickson, semalam


PORT DICKSON 30 Sept. – Mana-mana parti yang tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang dilarang mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka sepanjang kempen.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertindak tegas terhadap mana-mana parti yang berbuat demikian.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kebenaran hanya diberikan kepada parti yang bertanding memasang bahan kempen seperti gambar calon, logo parti dan pemimpin mereka.

“Kita mahu parti yang tidak bertanding, janganlah menyusahkan SPR dan pihak keselamatan."

-bernama

SPR perlu menjelaskan kepada rakyat, parti manakah yang sebenarnya bertanding di dun Bagan Pinang? Umno ataupun BN?

Isa Samad daripada umno tetapi bertanding atas tiket bn. Lambang yang akan dicetak bersama nama Isa Samad didalam kertas undi nanti adalah lambang dacing bn. Ini bermakna hanya lambang bn sahaja yang dibenarkan untuk dipasang serta dikibarkan di seluruh dun bagan pinang.

Mengapa bendera umno bertebaran dipasang di seluruh bagan pinang tanpa apa-apa tindakan daripada SPR?




Berbanding dengan bendera DAP dan PKR yang diturunkan dan dirampas kerana yang bertanding adalah PAS.

pkr-dap-bagan-pinang



1 comment:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai ajijoi,

Memang betul UMNO yang mewakili BN bertanding.

Lawannya PAS.

Jadi lambang UMNO dan BN boleh dipasang kerana BN adalah parti komponen yang berdaftar.

Pakatan Rakyat yang mengandungi PKR, DAP dan PAS (susunan ikut kerusi di Parlimen) tidak berdaftar dengan ROS yang belum ada lambang komponennya bermakna tidak boleh dipasang dan sekaligus PKR dan DAP yang tidak bertanding juga tidak boleh.

Ini menunjukkan saudara tidak tahu peraturan.

Atikel macam ini semua orang boleh tulis kerana nak kan PAS bertanding dan menang tidak kira cara apa sekalipun.

Kalau parti PAS anak jantan, bertandinglah betul-betul dan gentleman.

Barulah tahu jantan atau betina.

Followers