Friday, October 9, 2009

Rakyat mampu buat perubahan - Pesuruhjaya Pas Perak


Ipoh,
Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussin hari ini menegaskan bahawa kemenangan calon PAS di Bagan Pinang adalah penting kerana ia akan menjadi petanda bahawa rakyat telah hilang keyakinan terhadap Umno dan BN yang semakin berpecah antara parti komponennya dari hari ke hari. MCA sedang bergelut sesama mereka, MIC luka parah setelah gagal menundukkan diktator mereka, Gerakan sudah tinggal suku nyawa manakala Umno terus gagal apabila menaja seorang calon yang mereka sendiri sahkan terlibat dengan politik wang atau rasuah, jelas beliau.


Bagi Pesuruhjaya PAS Perak itu, rakyat khasnya pengundi di Bagan Pinang mempunyai peranan yang sangat besar. Pengundi Bagan Pinang bukan sekadar bertanggungjawab memilih wakil DUN mereka, tetapi kerusi Bagan Pinang juga menentukan politik masa depan Negara jelas beliau. Memetik kata-kata beliau “Tidak mustahil jika PAS menang di Bagan Pinang ini (kerusi kedua buat PAS di Negeri Sembilan),dan InsyaALLAH jika PAS diberi mandat oleh rakyat untuk menang maka senario politik negara juga akan turut berubah”. “Isyarat kuat dari rakyat Ahad ini tidak mustahil memungkinkan pimpinan dan ahli-ahli parlimen serta ADUN BN samada dari Umno atau parti-parti lain berfikir panjang dan menyemak semula pendirian serta pegangan politik masing-masing. Tolakkan rakyat terhadap BN berlaku terus-menerus walaupun Umno menukar ganti pimpinannya.” Tegas beliau

Beliau juga menasihati pemimpin-pemimpin umno supaya tidak berteduh di bawah pohon lapuk yang bakal rebah dan mencederakan diri sebaliknya bernaunglah di bawah pohon yang segar dan menjanjikan masa depan yang meyakinkan, jelas beliau lagi

Beliau juga begitu yakin jika para pengundi di Bagan Pinang termasuklah tentera yang merupakan pengundi pos, berani memainkan peranan dan membuat perubahan, ianya pasti akan melakar masa depan baru buat Negara Malaysia

Beliau juga turut menempelak umno BN yang terus melakukan provokasi dan penipuan untuk mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang itu. “Bermula dengan politik silap mata Azeez dan kini diikuti dengan projek “segera” yang satu ketika dahulu pernah ditolak oleh Presiden Umno sendiri iaitu Najib Tun Razak . Namun kini kita dapat melihat jalan-jalan terus diturap, sedangkan Najib pernah berkata BN tidak akan menggunakan taktik sebegini lagi dalam mana-mana pilihanraya.”

Beliau juga menyeru agar seluruh rakyat berani untuk melakukan perubahan dengan memilih calon dari Pakatan Rakyat untuk mewakili suara rakyat dalam membina sebuah Negara yang adil dan berkebajikan.

No comments:

Followers