Friday, October 9, 2009

Melayu, India, Cina adik beradik - Tuan Guru Nik Aziz

http://www.buletinonline.net/images/stories/PRKBaganPinang/Makan%20Malam%20DAP%20087.jpg
TELUK KEMANG - Kehadiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Bagan Pinang ternyata memukau perhatian majoriti masyarakat Cina di sini, semalam.

Sebaik tibanya Tok Guru Nik Aziz, kaum Tionghua telah meluru kearah beliau dan menyambut ketibaan beliau umpama seorang 'selibriti' tersohor.


Selepas itu, tidak putus-putus mereka bergambar dan bersalaman dengan Tok Guru Nik Aziz.

“Kita semua dilahirkan daripada seorang bapa yang sama iaitu adam atau juga dikenali sebagai nabi adam AS,

“Saya kira (kaum) Cina, Melayu, India adik beradik; Cina adik beradik Melayu, Melayu adik beradik Cina, Cina adik beradik India,”kata

Tok Guru Nik Aziz ketika berucap di majlis Makan Malam anjuran DAP Negeri Sembilan dengan Tema Kearah Penubuhan Kerajaan Baru.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kaum Cina berpeluang menjadi Menteri Besar di negerinya, jika mengikut politik Islam.

“Jika Cina seorang cina alim, Islam yang muslim, akhlak dia baik, moral dia tinggi dia berhak jadi menteri besar, saya boleh berkempen untuk dia supaya jadi Menteri Besar.”jelasnya

Katanya lagi politik Islam PAS tidak memperjuangkan bangsa sebagaimana UMNO dan Barisan Nasional.

Turut berucap dalam majlis itu ialah calon PAS mewakili Pakatan Rakyat Zulkefly Mohamad Omar, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr. Tseng Giaw, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Pengerusi DAP Negeri Athony Loke Siew Fook.







Followers