Friday, October 9, 2009

Maruku calon Pas bantu warga India miskin

Zulkefly bersama Mr Lingam

Semalam calon Pas di Bagan Pinang, Zulkefly membantu membuat maruku sebagai bantuan kepada warga India yang miskin di Ladang Bradewall menyambut perayaan Deepavali yang bakal tiba.

Zulkefly bersama isteri sedang membancuh tepung maruku

Tepung sedang digaul oleh Zulkefly

Tepung telah sedia dibancuh untuk digoreng

Zulkefly dengan gaya tersendiri menggoreng maruku

Maruku Bagan Pinang yang telah siap digoreng

Maruku-maruku yang telah siap dibungkus untuk agihan kepada warga-warga India yang miskin

8 comments:

Anonymous said...

Elok la ...maruku pun macam lidah orang PAS berbelit-blit...maruku kat kawasan lain di Perak apa pasai tak buat...

RASUAH MARUKU !!!

MaMa NabIhAH said...

rasuah orang BN lagi hebat...

janji macam-macam bila pru/prk
abis pru/prk, abuk pun tak dak

at least, ada gak maruku tuk orang indai sempena raya depa
idaklah janji kosong semata

insaflah_umno said...

lidah org PAS berbelit-belit tapi dok nipu...org umno lidah lurus tapi menipu/rasuah/rogol...

ada sesapa yg boleh buktikan ada ahli PAS amal rasuah?

saper boleh nafikan tiada segelintir ahli UMNO yg amal rasuah?

itu baru rasuah belum kira kes menipu, rogol dll.

apa2 pun insyallah belum terlambat utk ahli2 umno yg berdosa utk bertaubat...insaflah umno.

adf55650 said...

Bila penyokong Part Ajaran Sesat dijanjikan masuk syurga tu bukan rasuah ke?
Amalan tak menentu, belit2 ayat Allah,
Fitnah sana sini,
Mengaku berkawan dengan setan,
Berbohong, menipu,
Kumpul harta rakyat bagi pada menantu,
Tebang balak buat rumah nilai berjuta-juta,
Semua tu boleh dijanjikan masuk syurga.
Mama Nabihah, kalau bekas sunat pun tak kering lagi, janganla berlagak pandai politik.
Bertaubat lah.
Jom masuk ISLAM.
ISLAM tu Agama ALLAH.

MaMa NabIhAH said...

adf55650,
saya dulu tak bersunat, dalam islam, sunat pada perempuan satu kemuliaan saja, buat boleh x buat pun x salah....

saya tak pandai politik tapi pandai ilmu siasah islam

saya tak perlu diajak masuk islam, kerana saya memang dilahirkan islam dan insyaallah mati pun dalam islam dan iman, amin!

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Mama Nabihah,

Mama Nabihah memang hebat dalam ilmu siasah Islam.

Tapi apalah hebatnya Mama Nabihah dalam menilai parti yang disokongnya.

Kalau diminta menilai keburukan dan kebaikan UMNO dan PAS serta BN dan PR (tak berdaftar) masih terkial-kial lagi.

Agaknya Mama menilai politik hanya yang baik sahaja ada pada PAS yang lain semuanya dilihat buruk pada pandangannya.

Tak perlu tengok jauh-jauh mungkin yang ada pada diri Mama yang mungkin mendapat faedah dari usaha Kerajaan BN untuk rakyatnya seperti pelajaran dan kesihatan.

Contohnya, keluar saja dari perut ibu ketika hospital dengan bayaran yang berpatutan kalau lahir di Malaysia.

Apa macam kalau Mama lahir di US atau UK?

Itu pun kalau ibu Mama kaya.

Faham saja lah kalau nak berbeza pandangan.

MaMa NabIhAH said...

duit kerajaan itu datangnya dari seluruh rakyat yang membayar cukai itu dan ini, harapkan duit kerajaan, apalah sangat.
duit orang pas / pkr / dap pun dalam tabung kerajaan, so tak bleh lah nak kata, tu duit kerajaan BN, sebaliknya duit rakyat yang disalurkan oleh semua peringkat kaum dan agama juga fahaman politik.

dan memang sudah menjadi tanggung jawab mana-mana kerajaan di dunia ini, tak kiralah kerajaan itu BN atau kerajaan dipimpin pembangkang sekalipun, untuk menyediakan kemudahan kesihatan, persekolah, kemudahan awam kepada rakyat.

kalau bersalin di Jepun, kerajaannya siap bagi elaun kelahiran 10juta yen bagi tiap anak yang lahir, then, bagi elaun susu sebanyak 300yen sebulan sehingga anak genap 3 tahun.... so kerajaan kita nih, takdelah sebaik hati kerajaan jepun tu...

apapun, saya tidak memihak pada mana-mana parti, cuma saya menilai sesuatu itu secara menyeluruh. yang mana betul, ikut, yang mana tak berapa nak betul, tinggalkan!

sekian....

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Mama Nabihah,

Tidak perlulah nak cerita pasal wang kerana kerjaya ialah pengurusan kewangan.

Komen Mama pasal itu sangat dangkal belum masuk bab lain lagi.

Berdasarkan komen itu, saya dapat mengesan kelemahan Mama berkenaan sokongan terhadap PAS.

Oleh kerana kerajaan adalah sebuah organisasi politik, sesebuah parti yang dipilih perlu mahir bidang pengurusan tidak kira dalam sektor mana yang ada dalam kerajaan.

Wang siapapun sekalipun banyak kalau tidak diuruskan dengan baik wang akan berkurangan dan berlaku pembaziran.

Begitu juga kalau wang yang tidak banyak kalau diuruskan dengan baik yang memberi manfaat sangat besar kepada pemiliknya.

Begitu jugalah kerajaan yang jika diuruskan dengan baik akan memberi faedah kepada rakyat.

Dalam konteks kerajaan yang memerintah siapakah yang mahir, berpengalaman dan bijak sehingga negara lain yang lebih awal merdeka masih lagi terkapai-kapai memajukan negara mereka?

Sudah tentu BN berbanding PR yang lemah dalam pelbagai sudut dalam konteks negara Malaysia.

Sya tak kata itu duit Kerajaan BN tapi diamanahkan oleh rakyat melalui pilihanraya.

Mama tak kan tak tahu cukai dikutip melalui undang2.

Kalau cukai dikutip tak boleh kata itu duit si anu dan si anu.

Memanglah kemudahan yang disediakan kerajaan yang memerintah. Soalnya kerajaan Malaysia yang dahulu miskin kini mempunyai sumber kewangan hasil pemerintahan kerajaan pusat yang bijaksana.

Mama beri contoh Jepun. Kalau begitu pergi berhijrah ke Jepun nak tahu keadaan sebenarnya hanya semata2 kerana 300 yen. Pada pandangan Mama, kerajaan Jepun memang baik hati berbanding kerajaan negara sendiri kerana faktor sokongan Mama terhadap PAS dan kawan2nya yang mana Mama gelap hati dalam menilainya.

Mama tak tahu ke macam mana Jepun lebih maju dari Malaysia.

Mama kerja 8 jam purata sehari orang Jepun 10-12 jam sehari. Budaya kerja mereka lebih baik dari kita walaupun kita umat Islam.

Itulah sebab mereka boleh dapat macam itu.

Kononnya tidak memihak kepada mana-mana parti. Kalau dalam beragama, Mama memihak kepada agama mana?

Begitu juga perkara yang benar dan batil. Mama berpihak ke mana?

Selama ini pun saya yang membaca tulisan Mama di dalam blog ini saya boleh kesan kemampuan Mama dalam menilai sesuatu.

Tidak perlu saya berbicara banyak. Segalanya saya telah memahami orang yang menyokong tanpa usul periksa dan pengetahuan yang jitu mengenai negara sendiri.

Di situlah kelemahan bangsa ku, M E L A Y U.

sEKIAN.

Followers