TELUK KEMANG – Calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Zulkefli Mohd Omar berjanji memberikan komitmen menunaikan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat berdasarkan tema ’Bersama Kehendak Rakyat’.
Ketika berceramah di Markaz UPU Teluk Kemang disini semalam, beliau berkata, sekiranya beliau diberi peluang dan dipilih pada pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober akan datang, beliau akan membuat satu perubahan.
”Saya ni tidaklah tua, tidak juga muda, saya sedang-sedang (berumur) 45tahun, telah beristeri, anak 6 orang; 4 lelaki, 2 perempuan yang paling tua pelajar Universiti, yang nombor dua belajar di universiti. yang lainnya, masih lagi bersekolah,
”jadi tuan-tuan, dengan umur yang ’sedang-sedang’ ini, kudrat yang masih ada ini, tenaga yang ada ini, dengan kesihatan yang Allah bagi ini, InsyaAllah saya berjanji dengan komitmen terhadap tuan puan.”ujarnya
Menurutnya, beliau akan berusaha menyelesaikan isu-isu yang disuarakan penduduk di kawasan Ladang terutamanya masalah saraan kehidupan yang mencengkam kira-kira 2,500 pengundi di kawasan Ladang Atherton, Pekan Siliau, Ladang Bradwall dan Sua Betong.
”Bila saya sampai (ke ladang-ladang), penduduk jumpa saya mereka cakap pada saya; Aiya YB, hidup sekarang banyak susah, anak ramai mahu bayar, gaji kecil,
”kita punya gaji tak cukup untuk anak, untuk beli pakain dan barang-barang sekolah, mau makan, banyak susah, air sudah naik, api sudah naik, semua sudah naik. Ini macam, kalau ini barang semua naik, kita pun tak tau nak pergi mana.”katanya menceritakan keluhan dari kaum India disebuah ladang.
Selain itu, beliau turut akan berusaha menyelesaikan masalah-masalah bagi memenuhi keperluan rakyat dari keluarga nelayan yang sukar meningkatkan pendapatan, akibat tangkapan terjejas kerana masalah alam sekitar.
Begitu juga katanya, para peniaga yang terhimpit di bandar Port Dickson akibat persaingan dan peningkatan kos modal dan saraan hidup.
”Datang pula kaum Tionghua, (seorang) peniaga di Port Dickson, berjumpa saya dan berkata; saya ni ada restoran, dulu saya bayar ini bil air tidak tinggi, saya sudah bayar sekarang satu ratus lebih hingga dua ratus.
”dulu saya bayar RM 40 sahaja. Sekarang orang pun susah nk cari makan,saya pun susah nak meniaga sebab air sudah naik (tarif),"katanya
Menurutnya, para pengundi DUN Bagan Pinang telah memberikan tempoh 52 tahun kepada Barisan Nasional (BN) untuk membawa perubahan kepada kawasan tersebut, namun, katanya, hanya apabila datang pilihanraya kecil barulah ada beberapa perubahan.
”Kita dah bagi 52 tahun kepada Barisan Nasional, masalah yang kecil sebegini (pun) mereka tidak boleh selesaikan, bagaimana mereka nak selesaikan masalah yang lain, yang lebih besar.
”apabila datangnya Pilihan Raya, macam sekarang, (barulah) jalan semakin cantik. sebelum ini, jalan berlopak sana-sini,” jelasnya.
Oleh yang demikian, kata beliau, para pengundi DUN Bagan Pinang mesti bersama Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan.
”Dan kebetulan, PAS adalah calon dari Pakatan Rakyat, beri peluang kepada kita, untuk buat perubahan,”tambahnya.
No comments:
Post a Comment