
Papan tanda ini begitu gah dipergunakan Umno sejak beberapa prk yang lalu. Pembangkang eksploitasi anak-anak kecil, jangan gadaikan masa depan mereka....jerit papan tanda bn yang dipacak dimerata-rata tempat di Bagan Pinang.
Benarkah dakwaan papan tanda bn tersebut? Mari kita siasat...
Siasatan pertama :-

Gambar kenangan dihari penamaan calon... penyokong UMNO/BN...

Yang rambut cacak-cacak nombor 2 dari kanan tu pelajar tingkatan 4, Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson... namanya Yusri... jadi gambar ini membuktikan bahawa UMNO/BN menggunakan anak-anak sekolah untuk tujuan politik.
Salah seorang daripada rakan sekelas Yusri maklumkan pada kami bahawa Yusri dan rakan-rakannya telah menerima upah berbentuk sejumlah wang, sehelai T.Shirt, minuman mineral dan juga topi Barisan Nasional supaya Yusri dan rakan-rakannya hadir sebagai penyokong UMNO/BN dihari penamaan calon...
Siasatan kedua :-

Ini gambar yang dirakamkan semasa ceramah isu semasa anjuran UBN di markaz mereka malam tadi yang mana ketika ini Roslan Kassim sedang menyampaikan Pidato Beliau...Tertulis pada banner dibelakang penceramah ialah `Siapakah Anwar Ibrahim '??dan ia dikupas dengan agak panas oleh Roslan namun apa yang mengaitkan ia dengan isu Mengekplotasikan kanak-kanak ialah....lihat gambar dibawah...

Gambar ini merakamkan hanya kanak-kanak sahaja yang memenuhi majlis ini...mungkin kerana sudah tiada siapa lagi yang mahu mendengar pembohongan UBN maka kanak-kanak pula dibawa...apapun gambar ini juga membuktikan bahawa mereka sudah kehilangan sokongan sehinggakan yang hadir tak sampai berapa PULUH pun...!!!
Persoalannya SIAPA yang MEMPERGUNAKAN Kanak-kanak...???
No comments:
Post a Comment