Tuesday, October 27, 2009

Tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, 22 dikhuatiri hilang

GOPENG (26.10.09): Program Perkhemahan Satu Malaysia anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan di SK Kuala Dipang bertukar menjadi satu tragedi yang amat menyayat hati bila mana sebuah jambatan gantung yang melintasi sebuah sungai terbungkar dan roboh menyebabkan beberapa orang murid yang sedang melaluinya jatuh kedalam sungai lalu dihanyutkan oleh air yang dalam dan deras.

Pasukan penyelamat termasuk pasukan bomba dan komando Vet69 yang dikejarkan kesana sedang bertungkus lumut mencari beberapa orang pelajar yang masih hilang malam tadi. Kelihatan juga Unit Amal PAS Malaysia turut memberikan bantuan ditempat kejadian.

Lebih kurang 22 orang murid masih belum dapat dikesan. Kerja-kerja menyelamat agak sukar dilakukan kerana keadaan yang sangat gelap. Program malang tersebut melibatkan 296 lebih murid-murid sekolah.

Pelajar-pelajar tersebut dikatakan menggunakan jambatan gantung yang baru 2 minggu dibina itu untuk makan malam (supper) yang terletak diseberang sungai jam 10.30 malam itu.

Keadaan Jambatan di Pusat Kegiatan Ko-Kurikulum
Kuala Dipang yang runtuh menyebabkan 20 peserta
program 1 Malaysia di kuatiri lemas jam 10.30 mlm tadi,
sehingga jam 5 pagi ini masih belum ada berita
mereka yang terselamat.

Beginilah keadaan jambatan yang runtuh.

Seorang peserta yang hayut tetapi terselamat setelah
berenang menyelamatkan diri, sedang ditemuramah
oleh para wartawan.

Berlaku sedikit kekecohan apabila ibu bapa tidak
dapat menerima akan berita kehilangan anak mereka

Kaum keluarga yang setia menunggu sehingga jam
5 pagi,untuk mengetahui keadaan anak mereka.

Sehingga kini, 22 orang murid masih hilang, 3 telah dijumpai manakala seorang disahkan mati.

22 comments:

Besi Karat said...

Assalamualaikum.saya copy artikel ini letak dalam blog sy yer.terima kasih.

nasaalmansoki said...

MOHON KEIZINAN :
Ana COPY artikal ini, untuk letak dalam blog Ana ye. Terima Kasih.

mamamia said...

keliru.......nak conform ...adakah jmbatan ini hnya utk pljr sek atau kegunaan awam..??....adakah pembinaannya mematuhi peraturan binaan sediada??...adakah pembinaan melibatkan JKR...???

Unknown said...

ya allah...terkejut baca berita ni, tanhs info...cmaan nasib pelajar2 yg hanyut....mudah2an ada juga yg selamat......terus rs berdebar...

mamamia said...

nyawa dpertaruhkan mmmm....keliru benar..???

Ichi said...

saya mintak copy 1 gambo yang ade kat sini.. memang sangat kasihan pada ibu bapa yang kehilangan ank mereka. semoga mereka semua selamat.

Miss F said...

salam.. mohon pinjam gambar.. ada di tempat kejadian tp tiada gambar..

chai n tea said...

assalamualaikum

saya copy this artikel untuk blog saya. minta izin ye

terima kasih

Cenangau said...

Tak payah mintak izizn, belasah ja ambik, dia tak marah punya laa,aku pun nak copy paste jugak. Lagi pun dia bagi ka dak hangpa dah ambik. Tak gitu Ajijoi?

Yang penting kena bagi kredit, bubuh la link ke blog dia ni sebagai sunber berita.

mosabit said...

tragidi buat program 1 masia...yg berlaku di negeri yg di perintah secara haram...idea 1 masia dan dapat perintah perak adalah idea dari orang yg sama...
bila orang ni terlibat...mesti berlaku kematian menyayat hati....
baru nak rampas selangor..mati si teoh....
cuba fikir fikirkan...

alamalikut said...

Minta nak baca artikel ni yer... sbb ana takder artikel lain nak dibaca...

nak komen skit... ramai guru kita mempunyai ijazah B.Sc (Bodek) dan M.Sc ( AMPU)..kat PPD lagi byk... bila dengor jer 1 Malaysia.. berebut rebut lah nak buat prog.. now,.. bodek lah..

Utk ibu bapa yg terlibat.. takziah diucapkan... jg lupa SAMAN ITU 1 MALAYSIA.

Yaya said...

SKKD sekolah rendah aku..dari darjah satu hingga enam...sekolah ini tidak jauh dr. umahku...semoga mrk selamat

Head Shot said...

saya minta tuan tolong baiki blog tuan ni...selalu keluar pop-up yang ntah papa. rimas saya..tq.

Ajijoi said...

Kesemua berita dan cerita didalam blog saya ini dibenarkan untuk dibuat sebagai bahan sebaran diblog anda sekalian kerana ilmu/info yang bermanfaat eloklah dikongsi bersama.

Kepada the hazim: saya sendiri pun dah pening mencari dimana silapnya pop-up message setiap kali membuka blog saya ini, jika tuan orang yang bijaksana, bagaimanakah cara untuk mengatasinya? Silakan email kepada saya akan solusinya.

Terima kasih.

Unknown said...

Tuan Tanah,

Tuan telah menciplak hasil kerja orang lain kemudian mengaku kerja sendiri. MEMALUKAN!

http://perakexpress.com/www/2009/10/28/blogger-ciplak/

Ajijoi said...

Saya tidak pernah mengaku hasil kerja saya.

Saya hanya mengumpulkan bahan-bahan berita serta gambar-gambar untuk memudahkan para pengunjung blog saya mendapatkan maklumat.

Copy and paste daripada pelbagai sumber untuk disatukan.

Jika pemunya berita yang tersinggung kerana saya terlupa meletakkan nama-nama mereka disetiap berita dan gambar-gambar, disini saya memohon maaf kepada semua kerana saya bukanlah jenis yang gila glamer serta pemburu kredit dalam menyampaikan maklumat menerusi blog.

Adalah lebih baik jika setiap pemunya berita mendaftarkan berita-berita dan gambar-gambar mereka seperti mana yang dilakukan oleh syarikat-syarikat berita seperti Bernama.

Saya ingin bertanya kepada semua yang memohon copy daripada blog saya ini, adakah anda membubuh dan memberikan kredit kepada blog saya? Jika jawapannya ya, terima kasih bebanyak diucapkan. Tetapi jika tidak, tidak mengapa, saya tidak akan menuntut didunia apatah lagi diakhirat kelak dan saya tidak meminta kredit tersebut. Saya bukannya gila glamer dan kredit tersebut tidak membawa apa-apa kepada saya terutamanya pendapatan saya dan keluarga.

mahasiswa said...

wlpun kt cma copy or "pinjam" dr maklumat org laen pe salahnye kt bg sedikit "penghargaan" pd tuan nye...


wlpun pun "kecil" tp impaknye sngt bsr.

apakes said...

en azizul..

bukan pasal diorg gila kredit atau gila glamor.tp empunya artikel & empunya gambar yg bersusah-payah turun padang mencari maklumat & ambil gambar, diorg takde duit gaji utk buat keje ni macam reporter bernama. en azizul mmg la kata x kisah, sbb bukan en azizul yg keluarkan duit, keluarkan peluh, bazirkan masa & tenaga, dgn tiada sebarang upah utk ke lokasi mencari maklumat. en azizul tentu x suka jgk kalau hasil titik peluh saudara diambil sesuka hati & dibuat mcm harta sendiri oleh org lain. yg ambil tu pulak ialah org yg langsung x tolong saudara dalam mendapatkan hasil titik peluh saudara itu.

bukannya susah, beri kredit, itu saja. lagipun mmg itu adalah kebiasaan etika dalam blog. malu lah, org bukan Islam pun boleh menghargai karya & hasil titik peluh org lain, malah mereka cukup marah & akan memboikot blogger yg terbukti menyiarkan artikel yg bukan milik blogger tersebut tapi tidak memberi sebarang kredit.

hormatilah hasil usaha orang lain. tak susah kan..

DUN Behrang 2020 said...

Salam singgah...

Tahniah krn mampu memberi info yg pantas...apapun mohon perbetulkan bbrp fakta yg boleh mengelirukan...atau mungkin boleh buat laporan terkini...

Unknown said...

saya tumpang baca dari email kendian dpt link blog ni..bile tgk date dah 2 hari..maknanya dah 2 hari saya tetinggal berita nasional dan tetibe2 saya dpt email link ini...dan maka berbondong2 lah saya membaca berita terkini dan menalipon serata negeri akan updatenya ..sila update bagi mengelakkan kekeliruan sbb tadi saya hampir2 percaya tanpa liat tarikhnya.sekian.

Anonymous said...

salam tuan,

gambar tu bukan ke dr perakexp..?

Ajijoi said...

To Luna and Thatguy: memang ada gambar from perakexpress.

2 keping yang paling kecik tu.

Sekian buat makluman.

Followers