IPOH: PAS Perak melalui setiusahanya, Ustaz Misbahul Munir Masduki hari ini menggesa agar penggunaan tempat awam dibuka kepada semua rakyat hak penggunaanya tanpa mengira ideologi politik mereka.
Perkara ini dibangkitkan, berikutan isu permohonan PAS kawasan Batu Gajah untuk menyewa Arena Square atau dewan terbuka yang dikelolakan Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) bagi mengadakan majlis kesyukuran aidil fitri, masih belum dijawab meskipun permohonan itu telah dihantar semasa bulan ramadhan lagi.
Memetik kata-kata Setiusaha Perhubungan PAS Perak itu “ Kita mempersoalkan Mengapa sehingga hari ini masih belum ada jawapan dari pihak (MDBG), sedangkan permohonan sudah dibuat awal semasa kita berpuasa di bulan ramadhan lagi?”
“ Sungguh pelik jika permohonan ini ditolak, ini adalah program jamuan aidilfitri yang tujuannya untuk merapatkan hubungan kemasyarakatan sesama insan, tambahan lagi program ini kita nak raikan anak-anak yatim dan fakir miskin”
Memetik ucapan beliau lagi “ PAS Perak, menggesa agar, segala urusan rakyat dengan kakitangan awam untuk permohonan penggunaan tempat awam tidak dihalang dan diberikan hak kepada rakyat untuk menggunakannya,ini kerana segala insfrastruktur dan prasarana yang dibangunkan di negeri ini adalah untuk kegunaan rakyat.”
“ Kita juga menegaskan supaya jangan ada sebarang campur tangan politik dari pemimpin umno/bn untuk menghalang pegawai kakitangan awan Negeri Perak menjalankan tugas mereka secara professional dan berhemah” jelas beliau lagi.
Selain itu PAS Perak juga menegaskan supaya, jangan ada sebarang ugutan dan ancaman dari mana-mana pihak terhadap kakitangan awam seperti di tukar tempat kerja, dibuang kerja dan sebagainya terhadap mereka, hal ini penting bagi memupuk semangat bekerja secara telus dan adil oleh kakitangan awam dapat dilaksanakan, jelas beliau.
Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat perbezaan yang sangat ketara antara pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Perak jika dibandingkan dengan kerajaan BN yang mana Kerajaan Pakatan Rakyat Perak sentiasa membuka ruang kepada rakyat tanpa mengira ideologi politik mereka untuk rakyat menggunakan tempat awam bagi program kemasyarakatan dan tidak ada sebarang sekatan dan halangan asalkan program yang hendak dilakukan dapat memberi kebaikan pada rakyat, jelas beliau.
No comments:
Post a Comment