Wednesday, October 28, 2009

Penjelasan kredit Mat Saman Kati


Mula-mula, baca apa yang Mat Saman Kati tulis pasal saya disini.

Dah baca? Ok. Sekarang saya nak jawab.

Hari kejadian, Alhusseyn telefon minta tolong masukkan gambar dan sedikit cerita mengenai kejadian jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang. Dia berada diluar kawasan, katanya. Tak dapat nak uploadkan gambar tersebut.

Saya yang sedang bersiap untuk bersarapan sebelum pergi kerja, buka laptop, buatlah seperti apa yang diminta Alhusseyn. Masukkan gambar yang pertama bersama sedikit laporan daripada blognya. Kemudian round-round blog kawan-kawan untuk mengetahui dengan lebih lanjut sebab pagi tu baru saya tahu pasal kejadian tu melalui tv. Akhbar online pun tak banyak maklumat yang diberi.

Dalam kelam kabut bersarapan sebelum berangkat ke tempat kerja, (ya..saya bekerja tetap dan blogging hanya bila ada masa lapang. Bukannya blogger sepenuh masa dan juga sebagai profesyen tetap sepertimana sesetengah orang), terdetik hati untuk mengumpulkan kesemua maklumat dan gambar-gambar didalam satu post buat pengunjung blog saya nanti.

Maka saya pun cut and paste daripada blog Alhussyen (Pas), Sendiri Mau Ingatlah (Pas), Anak Sengat (Pas) (didalam post yang kedua) serta blog Perakexpress (PKR).

Saya rangkumkan sekali dalam satu dan tak sempatlah nak labelkan part ni blog ni punya, part ni pulak blog ni yang punya. 2 keping gambar kecik je daripada perakexpress kalau nak dibandingkan dengan gambar-gambar lain daripada bloggers Pas.

Bukannya team perakexpress je yang turun cari berita, anak sengat pun ada disitu (gambar anak sengat duduk disebelah pelajar yang sedang ditemuramah wartawan). Dia berada disana semenjak jam 11 malam lagi.

Apabila ramai yang meminta izin untuk menyalin kembali rangkuman berita dan gambar tersebut melalui ruangan komen, tak sangka pulak ada yang terasa hati.

Dari dulu lagi saya dah nyatakan kepada sesiapa jugak yang minta izin daripada saya untuk menyalin kembali bahan dari blog saya ini, ambik aje lah. Kita kongsi bersama. Tak payah minta izin pun takpe. Tak bubuh nama blog saya sebagai kredit pun takpe. Saya bukannya gila glamer sepertimana dakwaan Mat Saman Kati tu. Kalau saya asyik ungkit orang copy tak bagi kredit tu, baru le dikatakan gila glamer.

Saya juga bukan jenis kejar hits. Tak heran pun berapa yang datang dalam sehari. Asalkan mesej sampai, sudah.

Bahan-bahan dalam artikel jambatan gantung runtuh yang dihebohkan tu pun diambil daripada 3 blog Pas dan 1 blog PKR, tapi yang berbunyi hanya satu. Nak kredit banyak mana lagi? Perakexpress dah cukup popular dah.

Nama bloggers Perakexpress sentiasa disebut bilamana ada ceramah PR. Terima kasih kepada bloggers Perakexpress...bla bla bla kata penceramah top PR. Kami bloggers Pas ni hanya terkedu dok kat depan tu. Tak bunyi pun. Apa nak heran.

Blog saya tu blog hobi je bukan blog cari makan. Perakexpress lain la.

Dulu Mat Saman Kati dengan BloggersNetwork@Perak. Sekarang ni mana perginya? Jangan tanya saya, tanya Mat Saman Kati.

Mat Saman Kati ni nak semua orang ataupun bloggers dengar cakap dia saja. Kalau tak, dia kutuk tibai cukup-cukup dalam blog dia (Perakexpress le). Alangkan pimpinan PKR dia pun dia balun semacam je [klik sini] dan [klik sini], inikan pulak blogger biasa macam saya ni.

Rasanya dah banyak kredit yang saya bagi kat Mat Saman Kati di sini.

Penutup kata, biarlah saya memohon maaf sekiranya saya telah membuat kesilapan dengan menyalin berita dan gambar daripada blog Perakexpress tanpa izin. Selepas ini, tiada lagi salinan berita daripada blog Perakexpress yang akan masuk kedalam blog saya.

Sebaiknya, Mat Saman Kati eloklah ikut pesanan daripada komen dalam blog Perakexpress seperti dibawah ini:

Mungkin dah sampai masa ngko kena pakai image hotlink protections dan anti copy kat blog ngko yang ekslusif .. hahhaha Malaysia memang kuat plagiat

Solutions dia mudah jer … pasang plugin nie http://www.thechetan.com/wp-copyprotect/ select text pun akan disable … padan muka diaorang lepas nie


Gunakan plugin tersebut supaya tiada blog lain yang boleh menyalin berita dan gambar daripada Perakexpress agar berita-berita tersebut hanya terperap di Perakexpress sahaja dan pastinya kredit itu juga tidak lari kemana-mana.

Wassalam.

20 comments:

web admin said...

sabar tuan...

Telok Bakong said...

salam

udah nak berkokak le pulak kome isk isk, ubuh pugun ape pun boleh copy juga pakai print scrren pun boleh pakai kamera pun boleh hu hu

Telok Bakong said...

opps bukan pugun tapi plugins

matsamankati said...

Pertamanya, bila kita ambil cerita dari orang lain, cuba tulis dari mana sumbernya. Sikit atau banyak..itu bukan jadi soal..dan jangan kata sikt saja diambil dari perakex...hang sapu the whole story...gambar dan teks.

Aku tak kata team perakex saja yang turun. Cuma aku kata dari tengah malam sampai pagi, cuma perakex saja yang tulis.

Soal glamer atau tidak...itu biar orang lain yang cakap. Yang penting ikhlas. Bila kita ambil barang orang dan kemudian diam-diam mengaku kita punya...itu tak ikhlas. Apa salahnya bagi kredit pada orang yang buat kerja?

Ya....nama blogger perakexpress sentiasa disebut kerana kredibilit. Orang nampak team kami ada ditempat tersebut dan buat kerja. Orang lain tunggu kat rumah, ciplak apa yang kami buat. Jadi bila orang sebut nama team kami...tak kan nak jealous kot?

Aku balun sapa saja? Nak marah?,,,marah la. Aku cakap apa yang fikir betul. Tak betul...aku tak kira kawan atau lawan.

Sama ada aku nak protect supaya orang tak copy...itu aku punya pasal. tak payah bagi tau.Ramai juga orang ambil berita dari perakex...aku tak bising pun. Cuma jangan ambil..kemudian mengaku hak sendiri. yang tu aku marah. Dan aku marah pun, bukan pasal hang ambik hak aku. Sepatutnya Sya lebih marah, sebab dia yang buat kerja. Tapi aku marah pasal tak ada etika.

Kalau nak minta maaf pun, jangan la tambah dosa kering lagi.

Sapa yang dapat kereta? dapat webcam? dapat kamera?

Hang pi tanya Anaz, sapa yang beli kamera Samsung, Panasonic dan Sony tu? Semua cikai punya kamera...hutang brader!!

Yang pi kait dengan blogger Network pasai apa? Memang aku tak kisah dengan Blogger network sekarang...pasai blogger macam hang la yang buat aku sakit hati.

matsamankati said...

Dan lain kali baca dulu. Yang tulis tentang Mustafa Kamil Ayub ialah Cyber Sniper...bukan aku. Yang tulis Hj. Osman out, Mustafa Kamil in...ialah M3M. Ada nama tertulis kat situ sapa yang tulis.

Sapa yang tulis dia bertanggung jawab.Perakexpress bukan blog bodek wal ampu.

matsamankati said...

Perakexpress juga bukan blog PKR. Kalau blog PKR, tak payah aku hentam PKR.

Cyberboron orang PAs. Labu Labi orang Pas. Huzaifah orang Pas. Tapi aku tak pernah label orang dengan gelaran blogger Pas atau PKR.

Cuma blogger macam hangpa yang suka sangat bagi label. Blogger Pas..blogger PKR. Belah la.

Anonymous said...

bro, minta maap la yee...aku nak masuk skit...
aku sokong bab ni "Dalam kelam kabut bersarapan sebelum berangkat ke tempat kerja, (ya..saya bekerja tetap dan blogging hanya bila ada masa lapang. Bukannya blogger sepenuh masa dan juga sebagai profesyen tetap sepertimana sesetengah orang), terdetik hati untuk mengumpulkan kesemua maklumat dan gambar-gambar didalam satu post buat pengunjung blog saya nanti."...memang hang betui..kadang2 kita telepas pandang

tapi bab nie aku tak sokong..:Maka saya pun cut and paste daripada blog Alhussyen (Pas), Sendiri Mau Ingatlah (Pas), Anak Sengat (Pas) (didalam post yang kedua) serta blog Perakexpress (PKR).Saya rangkumkan sekali dalam satu dan tak sempatlah nak labelkan part ni blog ni punya, part ni pulak blog ni yang punya. 2 keping gambar kecik je daripada perakexpress kalau nak dibandingkan dengan gambar-gambar lain daripada bloggers Pas.:..psai nye awat lak nak letak label pas ka dapa ka..pkr ka...tau ka sapa2 yg sokong dap, pas pkr? tau ka depa nie ahli mana? abih kalau tuan tau...sy nie ahli mana?cuba teka???

dan aku jugak sokong apa msk cakap...itula..kita manusia..ada hati ada perasaan...bukan nak bela sapaa2...cuma yela...kena hati2 bila nak wat posting..

p/s kekadang aku sendiri lalai gak..tp cepat2 minta maap...tu je..

matsamankati said...

Aku salute hang. Memang hang pakar dalam cut and paste.

"Maka saya pun cut and paste daripada blog Alhussyen (Pas), Sendiri Mau Ingatlah (Pas), Anak Sengat (Pas) (didalam post yang kedua) serta blog Perakexpress (PKR)."

Hang buat posting jam 7.16 pagi. Sendiri Mau Ingat la buat posting jam 6.40 pagi. Kira OK la.

Tapi Alhuseyyn buat posting jam 7.25 pagi. Anak sengat buat posting jam 11.55 pagi!!!

Terror la lu. Orang belum post, lu sudah copy!!

resepi pilihan ku said...

salam....nak perjelaskan apanya...mengaku jer lah..lu bagi kredit pun cara perli...tak ikhlas baii...

Unknown said...

apala ajjoi, saya setuju bagila kredit tak kirala dari siapa pun,tak susah nak buat tu tulis nama sikit je.

pembaca cuma nak kan berita.

Love Perak said...

abg mat, ajijoi, rilek la...dah la pimpinan kita pun dok berbalah..kita yang bawah2 ni pun nak berbalah ke.. settle cara baik la.. semua blog ada copy paste, paste copy. tapi kena letak la kredit. kalau copy dari 10 blog pun, letak kredit 10-10 blog tu. apa salahnya. aku harap hangpa settle cara baik la...

Unknown said...

Ajijoi, setuju hang hentam aku Mat Saman Kati ni. Dia selalu pikir dia aje yang betoi. Semua maklumat yang sampai ke telinga dia ialah mafhum dari langit dan semua yang dia tulih tu benar. Piiirah... mabuk jauh-jauh. Orang yang duduk depan laptop aje menulis tp x pernah buat kerja pilihan raya memang hanya nampak salah orang. Rasanya kalau MB Nizar tak bagi kredit pd PEx dalam ceramah dia, mahunya MB Nizar tu pun depa balun teruk daripada blogger UMNO lagi. Rasanya Cyber Boron pun dah lama x menulis kat dalam PE. Tak tahu le sama ada dia dah penat menulis atau maleh nak campur dengan MSK ni lagi. Lu pikir la sendiri.....

apakes said...

dah...dah...bende kecik cam ni pun kecoh...ajijoi ni pun satu..MSK bg api, hang pun nak bg api gak...elok la tuh, api lawan api...

payah2 sgt, lepas ni jgn copy lg ape2 dari perakekspress, abih citer...biar perakekspress dgn 'hak ekslusif' depa tu...

kalo rase x bole ikut etika blog, tak payah buat blog, jgn amik lg content blog org lain...

ps: letak kredit pun payah sgt ker...??? kalo edit blk & letak kredit kat artikel tuh, rasenyer dah selesai dah, x payah nak buat artikel penjelasan, x payah nak lawan2 perli...MSK pun x bleh private message jer ajijoi, settle belakang tabir...??? yg beria nak buat artikel pasai apa..??? nak bgtau yg hang terer ka..?? haih, ni la payah nyer biler perjuangan disulamkan dgn ego...patutlah PR kalah...PKR, DAP, PAS sama je perangai penyokongnya...kredit punye pasal, artikel pjg berjela-jela, perli-memerli sama satu kapal...

mampus pi la korg...

Yanaam said...

Mudahnya kita berkata, "Kalau nak kritik, gunalah saluran yang betul, bahasa yang beradab, secara berhikmah, macam tarik rambut dalam tepung, bla bla bla...Apa salahnya teguran terus ke email, atau melalui mesyuarat....."

Tapi kita sendiri bila buat teguran, menyengat. Padahal yang dikritik itu kawan, bukan mengkritik lawan. Bila kena sengat memanglah sakit. Rasa nak bunuh je penyengat tu.

MSK ke, Hassan Ali ke, semua mesti mahu ingat la.

matsamankati said...

Anak,

Blogger Perakex ada kredibiliti sendiri. Bukan blogger copy-paste. Cyberboron dah lama tak menulis sebab sudah diambil jadi PegawaiKhas Nizar. Khusus untuk hal ehwal Parlimen.

Nizar bagi kredit kat Perakex pun, dia kena hentam juga bila tak betul. Perakex bukan hidup dengan ihsan Nizar. Dan dia tolong promosikan Perakex pasai dia tahu, kami cuba tolong Pakatan rakyat.

matsamankati said...

apakes,

hang nak aku bongkar apa yang selama ini aku tak tulis?

Dah puas aku bagi nasihat kat member-member bloger PR, tapi dok buat macam tu juga.

Mungkin hangpa tak tau...tunggu aku buat lagi satu posting.

TBO said...

salam

Setuju macam MSK kata kalau kita copy n paste bagi le kredit, TBO ponah kopi dari Alhusseyn punya blog dan terlupa nak bagi kredit , tok sidang tu sound kami, rilek je kami minta maaf dan bubuh kredit. Bermaafan tu lebih aula dari menyakiti hati orang lain. Come on lah Ajijoi, rilek dan minta maaf je lah.

Keduanya TBO buat liputan Program DS Nizar di Doyan Kudung Bote, DS Nizar dok mention " blogger Perak Express" walaupun yg buat liputan tu TBO,ijak le keme kecik hati dengan Yop MB keme tu pulak. Seronok aje keme bile PerakExpress dapat kredit. Ijak le keme heran MB Nizar kenai ke ijak keme yang penting dapat buatan liputan untuk disebarkan.

udah le tu jijoi berjuang ni kene berjiwa besar kalau gang "sound" kita kene terima le kalau ianya betul. Usah le diungkit BNP dan Perak KIni tu bagi TBO semuanya sahabat kita, sbb tu TBO join aje due-due.

Ajijoi said...

Saya dah mintak maap dan dah janji tak copy apa-apa artikel dari perakexpress lagi lepas ni.

Dah tutup kes.

Yang dia dok melalut-lalut lagi kat sini, itu dia punya pasal.

Masa saya untuk blog ni terhad, belah malam je, kalau nak dilayan dia je, apa kerja pun tak jadi.

Case closed.

Telok Bakong said...

Salam

Alhmadulillah, elok le , tutup kes

jebat said...

bukan soal case closed jer bro, soalnya ko punya ego ni, lagu ni ka org pas, sekor lagi hussyen tu cam sama jer perangai korang nie, kalau ciplak tau ambil org lain punya post ko tulislah dari sumber mana ko ambil tuh, bukan soal dr perak ex jer , soalnya sini etika dan carakerja..bior beradab sikit walaupun niat tu baik, cara kena betuii....

Followers