Saturday, October 3, 2009

Lakonan dan skrip serupa setiap kali pilihanraya

Muhyiddin diselar kerana tuduh tanpa bukti

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diselar kerana membuat tuduhan tanpa bukti kononnya sikap biadap penyokong pembangkang dari PAS yang memukul dan menumbuk penyokong Umno tidak melambangkan sikap parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam.

Katanya, ini merupakan contoh parti yang tidak beradab sedangkan pada masa yang sama ia mengaku memperjuangkan Islam.

"Mereka kata Islam itu berhemah, berbudi pekerti, berakhlak tinggi, bermoral tetapi nampaknya mereka ini tidak seperti parti Islam," katanya kepada pemberita selepas penamaan calon Umno dan PAS di dewan Majlis Perbandaran Port Dickson pada Sabtu.

"Apakah benar yang menumbuk dan memukul itu ahli PAS atau Pakatan Rakyat ataupun ianya adalah temberang UMNO BN sendiri untuk menimbulkan kebencian pengundi terhadap PAS dan Pakatan Rakyat?" tegur seorang pemimpin PAS KAwasan di sini.

"Muhyiddin perlu kemukakan bukti, siapa yang terlibat di dalam insiden berkenaan, ahli PAS nombor berapa dan apa bukti mereka ahli PAS," ujarnya lagi.

Setiap kali pilihanraya kecil atau umum, di mana-mana, akan wujud satu budaya di mana hanya parti pembangkang akan dipersalahkan di dalam setiap insiden pertengkaran yang berlaku seolah-olah ia sudah ada skrip awal untuk memburukkan parti pembangkang.

Baca seterusnya disini

Ajijoi ~ 1Malaysia dah tahu skrip yang macam ni. Tapi...kali ni tak sangka le pulak pelakonnya ketua putera umno yang tak kalah machonya. Pemimpin mat-mat rempit le katakan.

Badan besar dan tegap macam ahli gusti WWE, tapi lembik rupanya. Macam bebudak, pergi keluar rumah bermain, pastu biasa la...bergaduh, tak tahan sakit sikit pun, balik rumah mengadu kat mak le pulak.

Heboh seantero dunia, menyembur-nyembur air liur depan kamera katanya diserang dan ditumbuk 9 orang penyokong pakatan. Sempat pulak dia mengira berapa orang yang tumbuk dia?

Bengkak di tengkuk, tunjuknya depan kamera tv. Nampak macam lemak gemuk belakang tengkuk jer....takde macam bengkak kena tumbuk pun. Selalunya kalau kena tumbuk...dimuka. Bukannya di tengkuk. Kalau tengkuk tu dah dikira karate dah tu. Mana punya mangkuk tulis skrip ni? Tumbuk dengan karate pun takleh nak beza ke?

Rakyat Malaysia dah matang dan muak dengan skrip yang sebegini setiap kali umno dan bn memasuki gelanggang pilihanraya. Alangkah damai dan bahagianya jika tiada umno dan bn di dalam prk sepertimana di Penanti dulu.

No comments:

Followers