Friday, April 5, 2013

Umno Gopeng sebulat suara tolak Hamidah sebagai calon Dun Sg Rapat

Umno Bahagian Gopeng pada 29 Mac lalu telah bermesyuarat lalu sebulat suara menolak Hamidah Osman sebagai calon Dun Sg Rapat dan mahukan Ketua Bahagian mereka, Hamzah Mohd Kassim sebagai calon di dun tersebut.

Surat penolakan tersebut telah dihantar kepada Pengerusi Umno Perak, Zambry Kader tetapi malangnya beliau buat-buat tidur. Ini amat mengecewakan ahli-ahli Umno Gopeng itu. (Surat tersebut sepertimana di dalam gambar di bawah yang di dapati tersebar luas di facebook)

Jika Umno Gopeng sendiri sudah tidak mahu Hamidah Osman bertanding di Dun Sg Rapat, apatah lagi para pengundi di dun tersebut.

Surat ini juga sebagai bukti kukuh yang kem Umno Gopeng telah berpecah dua, di antara Ketua Bahagiannya dan juga mantan Adunnya.

Isi kandungan surat tersebut seperti di bawah:


Nordin bin Abd. Hamid
No 54 Kg Pintu Padang
36000 Gopeng

5hb April 2013

Kepada:
YAB Dato SEri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO
Negeri Perak

YAB Dato Seri DiRaja,

MENOLAK DATO' HAMIDAH OSMAN SEBAGAI CALON BN DI N.43 SUNGAI RAPAT DALAM PRU13

Saya Nordin Bin Abd. Hamid berasa sangat kecewa kerana pada 4 April 2013 Khamis jam 11.20 malam saya bersama 18 orang rakan-rakan dari Jawatankuasa UMNO Bahagian Gopeng dihalang untuk berjumpa Y.A.B. Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir di kediaman beliau.

Alasan yang tidak munasabah diberikan oleh pegawai beliau En. Hanafiah Man ialah Y.A.B. Menteri Besar baru sahaja masuk tidur dan tidak boleh berjumpa sangat mengecewakan kami.

Hasrat saya dan 18 orang Jawatankuasa UMNO Bahagian Gopeng hanyalah untuk menyampaikan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa UMNO Bahagian Gopeng pada 29 Mac 2013 yang sebulat suara mencadangkan Ketua UMNO Bahagian Gopeng sebagai calon N.43 Sungai Rapat dalam PRU13 ini.

Inilah sebenarnya sandiwara pemimpin UMNO Negeri yang langsung tidak mahu mendengar rintihan dan cadangan pemimpin akar umbi.

Saya sebenarnya berasa amat kecewa atas tindakan En. Hanafiah Man yang menghalang kami dari berjumpa dengan Y.A.B. Pengerusi Perhubungan UMNO untuk merayu supaya Ketua Bahagian Gopeng Datuk Hamzah Mohd Kasim diberi peluang bertanding di DUN N.43 Sungai Rapat.

Sekian harap mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya daripada Y.A.B. Dato' Seri DiRaja.

Terima kasih,

Nordin bin Abd. Hamid
AJK UMNO
Bahagian Gopeng




No comments:

Followers