Monday, April 22, 2013

Calon Parlimen Gopeng diserang


Calon Parlimen Gopeng dari PKR, Dr Lee Boon Chye dilaporkan telah petang semalam.

Kejadian yang berlaku berhampiran Batu Gajah itu dikatakan berpunca daripada pemasangan khemah sebagai bilik gerakan PKR di kawasan tersebut.

Penyokong-penyokong Barisan Nasional bertindak agresif dengan mengancam seorang perempuan India serta anak kecilnya yang menjaga khemah tersebut. Beliau sempat lari dan satu laporan polis dibuat bagi pihaknya.

Dr Lee Boon Chye yang diberitahu akan kejadian tersebut telah datang untuk merundingkan perkara itu.

Dato' Hamidah Osman yang tiba ditempat kejadian setengah jam kemudian telah mengetuai rundingan bagi pihak Barisan Nasional.

Menurut saksi di tempat kejadian, "Rundingan berjalan dengan baik pada mulanya tetapi sebaik kehadiran pihak polis, keadaan bertukar ganas."

"Dato' Hamidah tiba-tiba meluru kepada Dr Lee lalu mencekak kolar baju beliau dengan sebelah tangannya. Penyokong-penyokong Dato' Hamidah pun merapati Dr Lee sambil mengasari beliau. Mujur tindakan pantas petugas PKR menarik Dr Lee masuk ke dalam kereta dan membawa beliau pergi." sambungnya lagi.

Kejadian tersebut telah dirakam oleh petugas PKR tetapi kameranya dikatakan telah dirampas Dato' Hamidah lalu dibuang entah ke mana.

Sungguhpun demikian, pihak polis ada membuat rakaman kejadian tersebut dan diharapkan agar rakaman pihak polis itu dapat menbantu dalam siasatan nanti.

Laporan polis mengenai kejadian ini telahpun dibuat di Balai Polis Simpang Pulai.

Pihak PKR dan Pakatan Rakyat Perak amat kesal dengan apa yang telah berlaku dan berharap pihak berkuasa dapat menangani agar kejadian-kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi di masa akan datang.





No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...