Baru-baru ini, Bersih 2.0 telahpun menjemput DS Anwar Ibrahim dan DS Najib Razak untuk membentangkan manifesto gabungan masing-masing.
Program yang akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina & Selangor pada 17 April 2013 jam 8.45 malam itu membuka peluang kepada kedua-dua gabungan parti (Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional) untuk membentangkan manifesto masing-masing di hadapan rakyat.
Setakat hari ini, hanya DS Anwar Ibrahim yang telah memberikan jawapannya untuk hadir pada program anjuran Bersih 2.0 itu.
Jawapan beliau sepertimana yang telah dipostkan melalui facebook beliau.
Manakala DS Najib Razak masih diam membisu tanpa sebarang komen tentang kehadiran beliau pada program tersebut.
Pentas terbuka yang disediakan oleh Bersih 2.0 itu dilihat sebagai peluang terbaik untuk masing-masing memberikan penjelasan mengenai manifesto yang telah digubal buat masa hadapan rakyat Malaysia.
Penulis percaya peluang yang dibuka oleh Bersih 2.0 ini merupakan satu acara yang ditunggu-tunggu rakyat bagi mendengar sendiri serta menilai halatuju manifesto kedua-dua gabungan itu demi rakyat dan negara tercinta.
Amat malang sekali jika DS Najib Razak yang menerajui Barisan Nasional gagal menghadirkan diri dan dilihat lebih selesa berkempen di media-media utama negara berseorangan dan tertutup.
Telah tiba masanya ruang dibuka seluas-luasnya untuk 'berperang' secara berhadapan.
No comments:
Post a Comment