Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin (gambar kiri) menegaskan demikian di dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.
"Kami tidak tahu siapa khazanahnasional(KLIK). Kami sekali lagi menegaskan yang kami tidak ada kena mengena, tidak ada kaitan langsung dalam pencalonan Ziad di dalam Dun Manjoi. Kami menafikan sekeras-kerasnya apa yang telah disiarkan di dalam blog itu dan kami minta Ziad pun sama, menafikan perkara ini" katanya.
Menurut beliau lagi, blog tersebut menceritakan secara terperinci sejarah Ziad di dalam Pas. Juga terdapat sebuah sajak tulisan Ziad yang menghentam Tun Dr Mahathir semasa trajedi demonstrasi anti pasukan kriket Yahudi tahun 1997.
"Minta Ziad tolong respon kepada apa yang telah dikeluarkan oleh blog tersebut" tambahnya di akhir sidang media itu.
No comments:
Post a Comment