Semalam sempat bersembang dengan orang dalam Umno. Ada juga le info yang terlepas dari mulutnya ketika rancak berbual tu.
Katanya, risikan yang ada sekarang ini masih menunjukkan yang BN akan kalah. Dari dulu lagi, keputusan risikan itu masih belum berubah.
Pelbagai perancangan sedang di atur untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada BN.
Salah satunya adalah dengan menerbitkan seberapa banyak iklan untuk BN. Ini termasuklah di media ekektronik sama ada tv, radio mahupun internet.
Begitu juga dengan bendera-bendera mereka yang digantung sebanyak mungkin.
Soal kos untuk pengiklanan sebegini, tak perlu dikirakan sangat asalkan berkesan.
Tetapi, menurutnya lagi, terdapat juga kajian yang dibuat untuk memastikan momentum sokongan rakyat beralih kepada BN dengan memanjangkan atau mengenjakkan (drag) tarikh pilihanraya kepada semaksima yang mungkin.
Terdapat dua faktor yang akan terkesan jika tarikh pilihanraya dilengah-lengahkan sehingga ke penghujung.
Dua faktor tersebut adalah sumber kewangan dan juga stamina.
Menurut kajian mereka, Pakatan Rakyat punya stamina yang sangat tinggi tetapi punya sumber kewangan yang begitu ampuh.
Manakala BN pula, sumber kewangannya sihat tetapi staminanya hanya bergantung kepada keadaan kewangan mereka.
Ini bermakna, jika dipanjangkan lagi tarikh pilihanraya, PR akan menanggung kesulitan dari segi operasi dan gerak kerja kerana sumber kewangan mereka mula berkurangan. Pas katanya, yang akan terjejas teruk kerana kewangan mereka begitu terhad.
Tetapi, walau selama mana pun tarikh itu berjaya dianjak, stamina para ahli, petugas dan penyokong PR tetap teguh setia bersama parti mereka dalam mengejar matlamat menumbangkan BN dan mengambil alih Putrajaya.
Ini berlainan sekali dengan BN yang mana jentera mereka hanya akan bergerak apabila diumpan dengan wang ringgit dan barangan. Tanpa umpanan tersebut, jentera mereka akan hilang upaya kerana stamina mereka tidak bertahan lama.
BN kini masih dalam dilema. Tarikh pilihanraya masih dalam kajian untuk ditentukan. Dua faktor tadi begitu menghantui keputusan mereka kini.
Apabila ditanya mengenai perang sabil di antara bakal-bakal calon dan bekas-bekas calon (belum masuk bab para penyokong mereka yang berebut mahukan orang kuat mereka tercalon), terus terdiam dia sambil menghirup panjang kopi jantan yang dah sejuk sedari tadi.
No comments:
Post a Comment